Amazon bakal aktifkan AWS Region di Malaysia pada 2024

Amanz
November 2, 2023 07:43 MYT
AWS Region membolehkan pelbagai data berkaitan disimpan di Malaysia, dan pada masa sama menawarkan kadar pendam rendah (low-latency rate) untuk perkhidmatan yang digunakan dalam negara. -Gambar fail/Bernama
LANJUTAN daripada pelaburan sebanyak RM25.5 bilion oleh Amazon di Malaysia sebelum ini, syarikat teknologi itu memaklumkan AWS Region di Malaysia akan diaktifkan pada tahun hadapan.
Langkah ini sekali gus akan memberikan kerajaan, syarikat, perusahaan, pembangun dan sebagainya untuk membangunkan pelbagai aplikasi dan penawaran web mereka dengan memilih pusat data AWS yang terletak di Malaysia.
AWS Region membolehkan pelbagai data berkaitan disimpan di Malaysia, dan pada masa sama menawarkan kadar pendam rendah (low-latency rate) untuk perkhidmatan yang digunakan dalam negara.
AWS setakat ini telah bekerjasama dengan beberapa syarikat termasuk Pos Malaysia, Petronas, Bank Islam, dan banyak lagi. -Amanz
#AWS Region #Amazon #pusat data AWS #Petronas