“ARDINI, siapkan kerja sekolah dulu baru main,” jerit ibu kepada anaknya yang leka bermain dari pagi.
“Adelia, tutup televisyen sekarang, belajar dulu, buka buku,” lagi arahan sang ibu untuk anaknya yang mata tertancap di televisyen selama berjam-jam.
Situasi itu mungkin kerap berlaku dalam kalangan masyarakat terutamanya ketika membesarkan anak yang masih kecil - dalam kepala mereka hanya seronok bermain.
Sebenarnya, ia perkara biasa bagi kanak-kanak untuk sesekali melupakan kerja rumah mereka, tertarik dengan aktiviti riadah di siang hari, mengelamun semasa kelas, bertindak tanpa berfikir atau gelisah.
Kanak-kanak penuh dengan sifat ingin tahu dan secara semula jadi dikurniakan dengan tenaga yang banyak, tak penat-penat!
Times Of India melaporkan, di peringkat global, kira-kira 136 juta kanak-kanak telah didiagnosis dengan gangguan untuk memberi fokus kepada sesuatu perkara.
Menyasarkan untuk meningkat kemahiran mereka menumpukan perhatian sangat penting untuk diterapkan sejak mereka masih kecil.
Ini bagi membolehkan anda menentukan atau menilai kemampuan mereka untuk mendengar, belajar dan fokus pada tugas di rumah dan di sekolah.
Bukan mudah namun mungkin ini penyelesaian untuk anda.
Perkenalkan kepada anda, TALi, aplikasi menggunakan kaedah yang terbukti secara saintifik untuk mengatasi masalah yang sedang anda cuba selesaikan selama ini.
TALi adalah hasil penyelidikan selama lebih dua dekad mengenai pengembangan kemahiran kognitif dan membantu dalam meningkatkan fungsi kognitif - proses yang membolehkan anak anda belajar dan memahami pelbagai perkara dari pengalaman mereka sendiri.
Pengarah Urusan TALi, Glenn Smith berkata: “Kami berada di sini untuk membantu menangani masalah neurologi terbesar di dunia - perhatian dan tumpuan kanak-kanak terhadap sesuatu perkara.
“Kami mengambil bukti daripada penyelidikan, sains dan klinikal, memasukkannya ke dalam platform dan aplikasi digital untuk menjadikannya mudah diakses oleh kanak-kanak.
“Kami yakin bahawa jika anda dapat meletakkan kemahiran memberikan perhatian kepada anak-anak sejak awal, anda akan mempersiapkan mereka - mental dan fizikal - untuk menghadapi cabaran pada usia seterusnya,” katanya.
Program penilaian dan latihan TALi juga bertujuan untuk mengurangkan tingkah laku hiperaktif, impulsif atau ledakan emosi (jika anak anda menunjukkan tingkah laku sedemikian) dengan ketara.
Ini dapat membantu anak-anak terutamanya dalam prestasi akademik mereka, membentuk hubungan peribadi yang lebih baik dan mudah menyesuaikan diri dalam situasi sosial.
TALi Assesment, yang terkandung dalam aplikasi ini itu merangkumi enam tugasan yang menyeronokkan dan menarik untuk menilai kemahiran perhatian anak anda.
Ia memerlukan satu sesi penilaian selama 30 minit di rumah, sekolah atau lokasi lain yang sesuai untuk ibu bapa.
Aplikasi TALi TRAIN pula menggunakan tugas latihan kognitif berasaskan permainan untuk meningkatkan keupayaan perhatian anak anda - melibatkan lima sesi latihan 20 minit seminggu, selama lima minggu berturut-turut.
Sepanjang masa anak anda dinilai dan dilatih, anda akan mengetahui apa yang sedang berlaku.
TALi akan berkongsi dua laporan - satu penilaian pasca dan satu lagi, pasca latihan bersama dengan kemas kini e-mel mingguan semasa latihan untuk membantu ibu bapa mengikuti perkembangan anak setiap masa.
Data ini juga dapat dikongsi dengan guru dan pakar penjagaan kesihatan sekali gus dapat membantu memahami dan meningkatkan kemajuan mental anak anda.
Anak-anak yang mampu memberi perhatian yang bagus tidak hanya merasa lebih baik, mereka juga lebih cemerlang dalam akademik dan kehidupan.
Tak salah kalau biarkan anak anda mencuba aplikasi ini...
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sun Apr 11 2021
Kanak-kanak penuh dengan sifat ingin tahu dan secara semula jadi dikurniakan dengan tenaga yang banyak. -Gambar hiasan
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Kanak-kanak ganggu jemaah di masjid: Apa hukum, tanggungjawab kita?
Didiklah anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih
Antara hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.
Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian- Fahmi
MCMC bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools.
Hampir 31,000 rakyat Palestin terbunuh pada hari ke-156 serangan Israel ke atas Gaza
Lebih 30,960 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang telah memasuki hari ke-156, kata pihak berkuasa kesihatan di wilay
Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.
Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.
Jumlah korban di Gaza akibat serangan Israel melepasi 30,000
Kanak-kanak, wanita dan warga emas antara sebahagian besar yang menjadi mangsa serangan itu.
Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco
Rekod berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa jenayah paling tinggi dicatatkan ialah merusuh, yang membabitkan 138 orang, dan curi seramai 112 orang.
Jumlah kanak-kanak, wanita maut di Gaza enam kali ganda berbanding mangsa perang Rusia-Ukraine
Serangan itu telah mengorbankan 29,410 rakyat Palestin, termasuk sekurang-kurangnya 12,660 kanak-kanak dan 8,570 wanita.
Lelaki disaman, disiasat benarkan remaja pandu kereta
Tindakan diambil susulan gambar tular di media sosial yang memaparkan remaja itu memandu kereta dengan lelaki berkenaan duduk di bahagian penumpang.