Peluang untuk memiliki rumah dengan ruang yang besar pastinya menjadi impian setiap penduduk di mana-mana bandar metropolis berkepadatan tinggi.

Impian tersebut berjaya direalisasikan seorang arkitek di Hong Kong yang mampu mengubahnya apartmentnya dengan keluasan hanya 32 kaki persegi kepada sebuah rumah pelbagai fungsi.

Ini yang dimiliki Gary Chang mempunyai sekurang-kurangnya 24 ruang dengan fungsi spesifik.

Beliau telah menghabiskan masa lebih setahun untuk mereka bentuk apartmentya ini.

Menurut Chang, beliau mendapat inspirasi selepas melalui pengalaman tinggal pada apartment sama bersama 5 orang ahli keluarganya selama 30 tahun.

Antara ciri-ciri reka bentuk menarik adalah sofanya boleh berubah menjadi katil apabila ditarik ke ke bawah.

Sementara itu, bagi memberi ilusi apartment ini mempunyai ruang yang lebih luas pula, gary meletakkan cermin pada silingnya.

Bagi waktu santainya pula, apartment ini boleh berubah menjadi sebuah teater peribadi apabila buaianya disimpan dan langsir ditutup.