PLATFORM Twitter dilihat menjadi satu ruangan yang lebih mudah diakses bagi mendapatkan perkembangan terkini daripada pengguna-pengguna yang datang dari pelbagai latar belakang.

Di Malaysia, jenama-jenama besar dilihat memanfaatkan platform Twitter sebagai satu medium untuk mempromosikan sesuatu dan juga berkongsikan maklumat secara pantas.

Pada 2021, Astro menjadi antara jenama yang mendapat perhatian ramai iaitu menerusi akaun @Astroonline.

Menurut laporan Marketing Interactive, Astro berada di tempat kedua selepas kata carian bagi jenama Aiken iaitu dalam ciapan berkaitan dengan Astro Pack.

Perbualan di platform itu mendapat sambutan ramai daripada para peminat dan komuniti sukan yang ingin mencari kemas kini tentang arena sukan.

Antara yang tersenarai dalam ‘Top Tweets’ ialah Axiata Groups, McDonalds Malaysia, Netflix Malaysia, MILO Malaysia dan Tenaga Nasional.