WAKTU mandi adalah antara bab yang paling merisaukan kebanyakan ibu bapa baharu. Pelbagai perkara bermain di fikiran.

Tenang, ini cara memandikan bayi langkah demi langkah, barulah yakin nak mandikan si kecil nanti.

Berapa kerap perlu memandikan bayi?

Mandi 2 ke 3 kali seminggu, selama 5 ke 10 minit bagi setiap sesi secara amnya sudah cukup untuk memastikan bayi berada dalam keadaan bersih.

Jika si kecil gemarkan air, anda boleh memandikan mereka sekali sehari.

Elakkan daripada memandikan lebih daripada sekali kerana ia boleh mengeringkan kulit bayi baru lahir.

Bagi cara memandikan bayi untuk membersihkan bahagian kemaluan si manja, anda hanya perlu menggunakan air suam dan pad kapas.

Si kecil boleh dimandikan pada bila-bila masa, tetapi idea yang terbaik adalah ketika anda dalam keadaan tenang dan tidak terganggu.

Hindari daripada membawa si kecil mandi pada saat mereka lapar atau sejurus selepas menyusu.

Jika bayi berasa lebih tenang selepas mandi, anda boleh memandikan mereka pada waktu petang. Tabiat ini dipercayai membantu si kecil tidur lebih lama.


Cara memandikan bayi: Tip persediaan

Berikut antara tip untuk menghindari risiko semasa membawa si kecil mandi:

Cara memandikan bayi menggunakan span

Bayi baru lahir perlu dimandikan secara mandian span untuk beberapa minggu pertama usia mereka.

Ia adalah cara mudah untuk membersihkan bayi sebelum tali pusat tertanggal serta sesuai untuk mandikan bayi lelaki yang dikhatankan sebelum sembuh.

Ini cara memandikan bayi dengan span:


Cara memandikan bayi menggunakan tab mandi

Jika bayi kelihatan takut untuk mandi dan menangis, anda boleh mandi bersama mereka.

Lebih mudah sekiranya ada individu lain yang dapat membantu memegang bayi semasa anda masuk dan keluar daripada bilik air.

Risiko untuk bayi lemas dalam tempoh beberapa saat adalah tinggi walaupun dalam air yang sangat cetek.

Jadi jangan pernah membiarkan bayi sendirian di dalam bilik air walaupun anda menggunakan kerusi mandi atau apa juga alasan.

Kanak-kanak kecil lain bukanlah individu yang terbaik untuk membantu mengawasi bayi, maka sekiranya perlu meninggalkan bilik air walaupun seketika, bawa si kecil bersama anda!


*Artikel asal di Pa&Ma


Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !