Bayi panda pertama di Perancis 'Yuan Meng' buat penampilan sulung

APTN
Januari 13, 2018 23:28 MYT
Bayi panda pertama yang dilahirkan di Zoo Parc de Beauval di Perancis membuat penampilan sulungnya kepada orang ramai pada Sabtu. -Reuters
Bayi panda pertama yang dilahirkan di Zoo Parc de Beauval di Perancis membuat penampilan sulungnya kepada orang ramai pada Sabtu.
Beruang panda jantan berusia empat bulan itu dinamakan "Yuan Meng" yang bermaksud harapan dan impian.
Pada Disember lalu, upacara menamakannya merupakan satu momen diplomatik yang penting buat Perancis dan China.
Turut hadir pada acara tersebut ialah wanita pertama Perancis Brigitte Macron dan pegawai diplomatik dari China serta menteri luar negeri China, Zhang Yesui.
Ibu dan bapa Yuan Meng sebelum ini dipinjamkan dari China dan akan dihantar semula ke negara asalnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
#Brigitte Macron #China #Panda #Perancis #Yuan Meng #Zhang Yesui #ZooParc de Beauval