Bekas CEO Activision dilapor berminat beli TikTok, mungkin bekerjasama dengan CEO OpenAI

Amanz
Mac 11, 2024 03:37 MYT
Kotick dilapor antara yang berminat membeli TikTok sekiranya Bytedance setuju menjual perkhidmatan tersebut. -Gambar fail
BOBBY Kotick, bekas CEO Activision, dilaporkan antara yang berminat untuk membeli TikTok sekiranya Bytedance setuju untuk menjual perkhidmatan tersebut.
Ia dikatakan Bobby Kotick telah pun berbincang dengan Bytedance dan menyatakan hasrat berkenaan.
Pada masa yang sama, Bobby Kotick juga sedang melihat kepada beberapa rakan kerjasama dalam membantu pengambilalihan TikTok.
Salah satu rakan kerjasama yang dilihat adalah CEO OpenAI, iaitu Sam Altman.
Sekiranya berjaya, ia dikatakan OpenAI boleh menggunakan TikTok dalam melatih sejumlah model kecerdasan buatan mereka.
Sebelum ini, kerajaan Amerika Syarikat dilihat ingin mengarahkan Bytedance untuk menjual operasi TikTok di negara berkenaan, atau ia mungkin mengharamkan sepenuhnya operasi aplikasi berkenaan di negara tersebut. -Amanz
#TikTok #ByteDance #Bobby Kotick #CEO OpenAI #Sam Altman