'Benarkah saya berusia 98 tahun?'

Ili Hadri Khalil
Februari 15, 2018 23:59 MYT
Wajah keliru lelaki itu ketika meneka umurnya. -Foto Twitter Nasir Pasir
TULAR di media sosial reaksi seorang warga tua yang seakan tidak percaya umurnya telah mencecah 98 tahun.
Video tersebut merakamkan adegan beliau bersama anaknya yang terus melayan pertanyaan bapanya tentang umur dirinya tahun ini.
Pada mulanya, warga tua ini menyangka umurnya baru sahaja mencecah 79 tahun, namun apabila anaknya berkata ia lebih tinggi dari itu, bapanya menjawab '89 tahun'.
Lebih mencuit hati apabila anaknya menjawab umurnya lebih dari itu, warga tua itu mula menghitung, "89, 90, 91, 92, 93, 94, 95, 96, 97,98?" dengan wajah yang keliru sambil menantikan jawapan daripada anaknya.
Lelaki itu seakan tidak percaya dan tidak mengakui umurnya 98 tahun ini, dan berkata angka itu "sangat tua" dan bertanya bagaimana dia boleh mencapai umur tersebut.

HAHAHAHAHA! He's already an old man https://t.co/agOC7Vo9sZ

— ا(@_Hanii_) February 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Difahamkan, lelaki itu dilahirkan pada tahun 1919 dan kini berumur 99 tahun apabila tiba musim panas nanti.
#98 tahun #old man #Tular #umur #umur warga tua #warga tua