BEBERAPA hari lalu, ramai yang berkongsi status yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook di mana pemilik akaun itu mendakwa menjumpai kad pengenalan milik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

Dalam gambar yang dipaparkan, jelas menunjukkan nama dan gambar si pemilik kad pengenalan tersebut.


Gambar yang disebarkan sebuah akaun Facebook.

Namun hari ini, Ahmad Maslan tampil menjelaskan bahawa kad pengenalan itu hanyalah rekaan dan bukan miliknya.



Kata Ahmad Maslan dalam akaun Twitter dan Facebook beliau, kad pengenalannya masih berada dalam simpanannya, dan beliau tidak pernah mengunjungi warung seperti yang dikatakan.

Menurut cerita di akaun Facebook berkenaan, kad pengenalan itu dijumpai di sebuah warung dan pemiliknya diminta berhubung dengan admin yang menguruskan akaun Facebook tersebut untuk menuntut kad pengenalannya.