BEAUTY with brains! Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik malah Athisha Khan juga bijak orangnya. Nama personaliti media sosial yang juga adik kepada selebriti popular Noor Neelofa tersebut menjadi bualan warga net sejak foto terkini Athisha yang lengkap mengenakan jubah konvokesyen bertebaran di Internet.

Perkongsian momen-momen indah bersama keluarga itu dimuat naik Athisha di media sosial miliknya selepas dia berjaya menamatkan pengajian peringkat degree di United Kingdom. Difahamkan Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan tersebut kelihatan Athisha dan keluarga tersayang meraikan meraikan kejayaan dengan mengadakan majlis ringkas di rumah.

Selain kedua-dua ibu bapanya iaitu Datin Noor Kartini dan Datuk Abdul Halim Khan, Athisha turut diraikan oleh adik-beradik termasuk Neelofa, Sara, Aqief, Ameera Khan dan Faliq.

Berusia 23 tahun, Athisha juga merupakan vlogger popular dan mempunyai lebih 300 ribu followers di saluran YouTube.

Sementara itu, Datin Noor Kartini di IG miliknya menzahirkan rasa syukur atas khabar gembira itu. “Alhamdulillah syukur dengan segala nikmatMu Ya Rabb. Sungguh kasih sayangMu amat luas dan nikmatMu amat hebat. Wahai pencipta langit dan bumi peliharalah kami dan lindungi kami dari segala bala malapetaka.

"Selamatkan kami di duniaMu dan di akhiratMu Ya Rabbul Alamin. Terima kasih Allah untuk segala nikmatMu. Terima kasih anakku sayang Athisha Khan. Moga terus menjadi hamba yang memberi manfaat kepada seluruh umat. Amiin.”

Athisha bersama bapanya, Datuk Abdul Halim Khan.


Selain kedua-dua ibu bapanya, Athisha turut diraikan adik-beradik termasuk Neelofa, Sara, Aqief, Ameera Khan dan Faliq.

Berusia 23 tahun, Athisha juga merupakan vlogger popular dan mempunyai lebih 300 ribu followers di saluran YouTube.

Artikel asal di NONA.