Kementerian Kesihatan menasihatkan ibu bapa yang belum membawa anak-anak mereka menerima suntikan vaksin difteria agar 'membuka mata' dan segera mendapatkannya bagi melindungi anak-anak mereka daripada terkena jangkitan yang boleh membawa maut itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata meskipun tiada bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap ibu bapa atau penjaga yang gagal mendapatkan imunisasi pada anak-anak mereka, namun mereka perlu sedar impak yang bakal diterima oleh anak-anak khususnya yang berusia tujuh tahun ke bawah.
"Tahun lepas, sebanyak 32 kes positif difteria dilaporkan di seluruh negara dan membabitkan tujuh kematian... lebih membimbangkan, kesemua kes kematian berkenaan disebabkan oleh kedegilan sesetengah komuniti yang enggan dan tidak percaya pada suntikan vaksin pada anak-anak mereka.
Jika kita tak dapat vaksin, besar kemungkinan kita akan dijangkiti penyakit tersebut yang juga boleh membawa maut. Jadi, kita galakkan ibu bapa untuk vaksinkan anak masing-masing, dapatkan pelalian sebagaimana mengikut jadual yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Mesra Rakyat yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam di Padang Awam Jementah, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.
Dr Noor Hisham berkata jangkitan difteria sepatutnya dapat diatasi jika masyarakat khususnya ibu bapa mendapatkan suntikan 'lima serangkai' yang diberi kepada semua kanak-kanak di negara ini pada usia dua, tiga dan lima bulan serta suntikan tambahan pada usia 18 bulan.
Katanya suntikan vaksin yang disyorkan oleh kementerian ini mampu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya yang mudah dijangkiti oleh kanak-kanak dan sekiranya dijangkiti, gejala itu adalah ringan dan tidak meninggalkan kesan komplikasi.
Semalam, media melaporkan Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat satu kes kematian di Miri, Sarawak pada 14 Mac lepas membabitkan kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan disyaki akibat difteria kerana tidak mendapat pelalian bagi penyakit itu sejak lahir.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati keluarga mangsa enggan mendapatkan pelalian atas dasar kepercayaan agama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 17 2018
Ibu bapa perlu 'membuka mata' dan segera mendapatkan vaksin bagi melindungi anak-anak mereka daripada terkena jangkitan yang boleh membawa maut. - Gambar fail
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
23 juta kanak-kanak terlepas vaksinasi rutin pada 2020 - Kajian WHO, UNICEF
Perkhidmatan vaksinasi rutin kanak-kanak di Asia Tenggara dan Mediterranean Timur antara yang terjejas teruk, menurut WHO.
KKM ubah Jadual Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak mulai bulan ini
Vaksin lima serangkai kepada kanak-kanak akan ditukar kepada vaksin enam serangkai mulai November.
Tiada vaksin, tiada sekolah - Itali perkenal undang-undang baru
Dikenali sebagai Undang-undang Lorenzin, ia mewajibkan semua kanak-kanak di Itali yang berumur enam hihgga 16 tahun untuk divaksinkan dan jika tidak, ibu bapa mereka akan didenda.
Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly
Perkara itu juga akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tiga lagi kes difteria disahkan di Johor
Kanak-kanak perempuan itu merupakan kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat diifteria pada 23 Feb lepas.
Malaysia akan bina kilang vaksin halal pertama di dunia
Dengan pembinaan kilang tersebut pihaknya mampu memberi keyakinan kepada ibu bapa kerana vaksin yang dihasilkan dari kilang itu adalah halal.
Kes campak global meningkat 50 peratus, pengaruh antivaksin antara punca
Kemunculan semula campak di kebanyakan negara dikaitkan dengan fahaman tidak berasas bahawa vaksin campak membawa kepada kes autisme.
Kedah antara negeri tertinggi tolak vaksin
Antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat.
3 kanak-kanak positif difteria dibenar pulang esok
Pemeriksaan terhadap kesemua individu itu dilakukan terhadap mereka yang berhampiran atau mereka di sekeliling kanak-kanak terlibat.
Kerajaan Johor kaji wajibkan suntikan vaksin
Dr Sahruddin Jamal berkata, penyakit dan kes yang jarang ditemui seperti difteria yang kini sudah mula dikesan di negeri Johor.