WANITA cantik tak selalunya bertuah. Inilah yang berlaku kepada bekas model dan ratu cantik Romania, Claudia Nicoleta Ardelean, yang dipecat kerana ‘terlalu cantik’.
Di sebalik keindahan Romania, salah satu negara Eropah yang terkenal dengan istana-istana lama, mitologi drakula dan lombong emasnya, kisah bekas ratu cantik ini tiba-tiba mencuri tumpuan dunia.
Tular minggu lalu apabila portal berita Romania mendedahkan bahawa Claudia Ardelean, 27, yang dilantik memegang jawatan Ahli Lembaga (tidak berbayar) di Pneumophthisiology Clinical Hospital di Cluj, tiba-tiba diarahkan berundur.
Ardelean sebelum itu dilihat memuat naik fotonya di media sosial sebagai memperingati kejayaan tersebut pada tarikh 8 Februari.
Wanita jelita ini memiliki dwi-ijazah dalam jurusan Undang-undang dan Etika Eropah.
“Saya berterima kasih atas kepercayaan dan sokongan Parti Liberal Nasional Cluj!” tulis Ardelean.
Hantaran tersebut walau bagaimanapun telah dipadamkan setelah mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak yang mendakwa pelantikan jawatan itu hanya bersandarkan kecantikan Ardelean semata-mata.
Malah, tidak lama kemudian, ahli Lembaga Pengarah Majlis Bandar Cluj ‘berfikir semula’ tentang keputusan mereka dan mengarahkan Ardelean meletak jawatan itu serta-merta.
TERLALU CANTIK
Terkejut dan tidak percaya mengapa pihak berkenaan mengubah keputusan, Ardelean memberitahu pihak media bahawa dia sangat kecewa terhadap kritikan yang dilemparkan.
“Saya mempunyai kepakaran dan kelayakan akademik untuk jawatan tersebut. Selain bekerja sebagai peguam, saya juga memiliki dwi-ijazah dan masih melanjutkan pengajian profesional.
"Bahkan saya seorang usahawan yang memiliki hostess agency serta syarikat pengurusan acara sendiri.
"Sayang sekali di Romania, sikap prejudis masih lagi berleluasa.
"Tapi saya percaya bahawa kecantikan tidak patut menghalang kerjaya profesional seseorang,” ujar Ardelean yang pernah mengembangkan kerjaya dalam politik dan pernah menjadi anggota Parti Liberal Nasional Cluj.
Dalam kenyataan Presiden Majlis Cluj, Alin Tise, beliau berasa tidak selesa memecat Ardelean namun tetap menegaskan bahawa keputusan itu wajar bagi mengelak sebarang kecurigaan ke atas pelantikan tersebut.
“Saya sangat menyesali insiden ini meskipun jawatan Claudia Ardelean sebagai ahli Lembaga tidak berbayar.
"Dari pandangan profesional, Ardelean mempunyai kelayakan yang diperlukan, namun aspek-aspek lain berkaitan kehidupan peribadinya menjadi pertikaian.
"Jadi untuk mengelakkan sebarang masalah, kecurigaan dan tanda tanya berkaitan pelantikan ini, kami fikir adalah lebih baik untuk memecat sahaja individu berkaitan,” kata beliau.
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Nona
Sun Oct 31 2021
ARDELEAN: Saya mempunyai kepakaran dan kelayakan akademik untuk jawatan tersebut. Selain bekerja sebagai peguam, saya juga memiliki dwi-ijazah dan masih melanjutkan pengajian profesional. -Foto Nona
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Bekas ratu cantik terima gangguan seksual ratusan lelaki Bangladesh
Seorang ibu tunggal mendakwa berdepan gangguan seksual daripada lebih 200 lelaki warga Bangladesh selepas namanya dijadikan bahan gurauan oleh seorang kenalan dalam media sosial.
Dipecat kerana terlalu cantik? Bekas Ratu Romania kesal kelayakan dipertikai
Ardelean sebelum itu dilihat memuat naik fotonya di media sosial sebagai memperingati kejayaan tersebut pada tarikh 8 Februari.
Bekas ratu cantik didakwa tumbuk polis, guna dadah
Seorang bekas ratu cantik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menumbuk anggota polis dan menggunakan dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC), semalam.
Bekas ratu cantik, rakan ditahan tumbuk polis, rempuh SJR
Bekas ratu cantik dan rakannya ditahan selepas bertindak agresif dengan menumbuk seorang anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan, di sini, pada awal pagi Khamis.