Disney beli Lucasfilm sebanyak RM12.36b

Astro Awani
Oktober 31, 2012 04:06 MYT
Walt Disney Co bersetuju untuk membeli Lucasfilm Ltd daripada pembikin filem George Lucas dan francais "Star Wars" sebanyak $ 4.05 bilion (RM 12.36 bilion) dalam nilai tunai dan saham dengan perjanjian pembikinan filem terbaru dalam siri ini pada 2015.
Ketua Eksekutif Disney, Bob Iger memberitahu penganalisa semalam bahawa mereka merancang untuk mengeluarkan filem terbaru dalam siri ini setiap dua ke tiga tahun.
Lucas yang telah mencipta filem fiksyen Star Wars akan kekal sebagai perunding kreatif untuk filem-filem yang akan datang.
"Sudah sampai masanya untuk saya melepaskan 'Star Wars' kepada pembikin filem generasi baru," katanya dalam satu kenyataan. Lucas akan menjadi pemegang saham individu kedua terbesar di Disney sebanyak 2.2 peratus.
Disney akan membayar kira-kira setengah harga pembelian dalam tunai dan menerbitkan kira-kira 40 juta saham pada waktu penutupan.
"Ini merupakan salah satu pelaburan hiburan terbesar dan terhebat sepanjang zaman," kata Iger. Seperti pembelian Disney Marvel Entertainment dan studio Pixar, Lucasfilm akan "memberi nilai jangka panjang kepada pemegang saham kami," tambah beliau.
Ketua Pegawai Kewangan Jay Rasulo berkata perjanjian itu akan mengurangkan pendapatan Disney sesaham dengan peratusan satu angka rendah pada fiskal 2013 dan 2014. Beliau juga berkata Disney akan membeli balik semua saham yang diterbitkan di pasaran terbuka dalam tempoh dua tahun akan datang bagi pembelian semula.
Ini merupakan perjanjian ketiga Disney dalam masa kurang dari tujuh tahun menandatangani perjanjian besar bagi mengambil alih portfolio untuk watak-watak serta studio-studio terkenal. Ini adalah sebahagian daripada strategi Disney untuk memperolehi jenama yang boleh dikembangkan dalam televisyen, taman tema, filem serta internet.
Pada awal tahun 2006 Disney berjaya dalam pengambilalihan produksi Pixar yang mencipta filem “Toy Story” dan pada tahun 2009, Disney telah membeli pengeluar komik terkemuka Marvel.
#Disney #george lucas #Marvel #Pixar #Star Wars