Lapor The Verge, acara diadakan pada Mac 11 dan 12, dan menghimpunkan 150 pasukan dan 2,000 pengunjung.
Sama seperti perlumbaan grand prix, setiap pasukan harus mempunyai seorang juruterbang, seorang penunjuk arah, juruteknik di pit-stop dan pengurus.
Kamera dipasang di drone dan para pemain menggunakan alat istimewa yang membolehkan mereka nampak paparan kamera dengan jelas.
Acara dua hari itu menyaksikan dua jenis perlumbaan iaitu gaya bebas dan perlumbaan trek.
Pasukan Tornado X-Blades Banni-UK yang diketuai oleh seorang remaja berusia 15 tahun dari Britain muncul sebagai juara, sekali gus menewaskan pasukan tempatan Dubai Dronetek.
Sumber: YouTube/World Drone Prix
Acara gilang-gemilang ini terus mendapat reaksi positif para netizen.