Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian

Amanz
April 16, 2024 01:45 MYT
Elon Musk berkata, perkara ini mungkin terhad kepada pengguna akaun baharu – dan mereka boleh lakukan perkongsian tanpa sebarang bayaran selepas akaun mereka mencapai tempoh usia tiga bulan. - Gambar fail
DALAM usaha mengatasi masalah bot berbentuk spam, kini Elon Musk berkongsi idea di mana perkhidmatan sosial X mungkin mengenakan caj bayaran untuk pengguna berdaftar baharu, sebelum membolehkan mereka melakukan sebarang perkongsian.
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi kecerdasan buatan yang digunakan bot berbentuk spam untuk mengatasi halangan yang disediakan.
Mengikut idea awal, Elon Musk mengatakan perkara ini mungkin dihadkan kepada pengguna akaun baharu – dan mereka boleh lakukan perkongsian tanpa sebarang bayaran selepas akaun mereka mencapai tempoh usia 3 bulan.
Buat masa ini, langkah ini sekadar dikongsikan secara bersahaja oleh Elon Musk, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diimplementasikan sepenuhnya.

That is way harder than paying a tiny fee. This is only for new users. They will be able to do write actions for free after 3 months.

— Elon Musk (@elonmusk) April 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bot #spam #Elon Musk #kecerdasan buatan