Gara-gara kucing peliharaan mengamuk, wanita 'terperangkap' di dapur dua hari!

Agensi
Januari 24, 2020 05:20 MYT
Pihak berkuasa menangkap kucing itu menggunakan selimut. - Gambar hiasan/Pixabay
SEORANG wanita di bandar Arjánguelsk, Russia 'terperangkap' di ruang dapurnya selama dua hari selepas kucing peliharaannya naik angin dan menyerangnya setiap kali cuba keluar.
Menurut wanita itu yang identitinya dirahsiakan, kucingnya itu mula naik berang dan memaksanya bersembunyi di dapur.
Selepas beberapa jam terperangkap dalam dapurnya, wanita berkenaan merancang untuk keluar namun setiap kali dia cuba untuk berbuat sedemikian, kucing itu yang sentiasa mengintainya dari koridor akan menyerangnya.
Wanita itu berjaya diselamatkan selepas seorang lelaki yang berjalan berhampiran pangsapurinya, ternampak dia bersandar di tingkap dapurnya.
Sedar kehadiran lelaki itu, wanita berkenaan melambai tangan untuk meminta bantuan, menurut kenyataan polis Russia seperti dilaporkan portal berita, Daily Mail.
Pihak berkuasa terpaksa naik ke pangsapuri tersebut melalui tingkap dapur sebelum menangkap kucing itu menggunakan selimut.
Kucing itu yang dipanggil dengan nama manja Fluffy Beast itu berjaya ditenangkan sebelum dikembalikan kepada wanita berkenaan.
Tidak diketahui apa yang membuatkan si kucing mengamuk.
Wanita itu juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
#Arjanguelsk #Daily Mail #fluffy beast #kucing #kucing garang #kucing serang tuan #polis #Russia #wanita