"TIDAK mahu kuingat lagi, Apa yang telah terjadi, Tragedi Oktober..."

Bait-bait lirik lagu 'Tragedi Oktober' dendangan penyanyi popular era 80-an dan 90-an, Awie itu cukup sinonim dengan bulan Oktober.

Bagaimanapun, apa sebenarnya yang menarik berlaku di Malaysia sepanjang bulan kesepuluh ini?

#GarisMasa kumpulkan 10 berita menarik yang mencuri tumpuan ramai. Kita mulakan dengan isu semasa iaitu;

1. Akhirnya! 11 Okt dah boleh rentas negeri

Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas di Bangunan Perdana Putra, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman.

2. 998 kawasan Lembah Klang akan alami gangguan bekalan air

Menurut Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan, wilayah terlibat antaranya Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

3. Najib, Rosmah dan Ahmad Zahid dapat kebenaran pelepasan sementara pasport ke luar negara.

BACA: Mahkamah benar pelepasan sementara pasport untuk Najib ke Singapura

BACA: Mahkamah benar pelepasan sementara pasport untuk Rosmah ke Singapura

BACA: 'Doakan semoga urusan rawatan saya di Jerman dipermudahkan'

4. Rogol bukan lawak: Pandelela dedah jurulatih terpalit kes rogol 'dilindungi' 

"Tetapi paling sedih, dalam tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun. Tetapi kami atlet tidak boleh buat apa, sebab 'back up' besar dia adalah ketua jurulatih kami sendiri," kata ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong.

Seterusnya, kita beralih ke kemelut politik di Melaka hingga menyebabkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijadual berlangsung pada 20 November depan.

5. DUN Melaka dibubar - Speaker

Tuan Yang Terutama Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas pada 4 Oktober 2021 (Isnin)," kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

6. Kerajaan Melaka tumbang: Hubungan saya dengan mereka amat baik - Sulaiman

“Apabila mengatakan kerajaan sekarang ini sebaliknya, maka tak tahu apa hendak cakap. Selama ini (dalam) mesyuarat, apa yang diperlukan saya sentiasa bantu dan saya berikan kerjasama,” kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

7. Kerajaan Melaka tumbang: 'Tidak boleh ada dua singa di atas satu gunung' - Idris Haron

Teka-teki ‘gelora’ politik Melaka akhirnya terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Suleiman Md Ali.

Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).

Dan sebelum mengakhiri bulan ini, kita soroti mengenai #Bajet2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen, 29 Oktober lalu.

8. Ini 25 senarai manfaat diterima belia menerusi Bajet 2022

Kementerian Kewangan memaklumkan golongan bujang dengan pendapatan di bawah RM2,500 akan menerima RM350 manakala warga emas bujang atau tiada pasangan dengan pendapatan kurang daripada RM5,000 akan menerima RM600.

9. Bajet 2022: Tengku Zafrul mohon maaf jika ada kekurangan, ikrar Keluarga Malaysia jadi keutamaan 

"Saya menyusun jari sepuluh jika ada sebarang kekurangan tetapi yakinlah bahawa kesejahteraan #KeluargaMalaysia sentiasa menjadi keutamaan kami," tulis Tengku Zafrul.

10. Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul 

"Saya sendiri berasal dari sektor swasta, saya faham keluhan itu, tetapi saya fikir kalau dibandingkan dengan bonus tahunan pekerja swasta, ia bukanlah pada kadar berlebihan," kata beliau dalam program Agenda AWANI bertajuk Bajet 2022: Dari Rakyat Untuk Rakyat, pada Sabtu.