HARI ini merupakan hari terakhir untuk September 2021, bermakna berbaki kurang 100 hari sahaja lagi untuk melangkah ke tahun baharu, 2022.
Bagaimana 30 hari anda sepanjang bulan ini? Banyak perkara positif atau negatif?
Berdasarkan pengumuman-pengumuman kerajaan banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diberikan untuk pelbagai sektor.
Jadi tak hairanlah semua pihak dilihat cergas mengejar produktiviti masing-masing. Jom kita soroti serba sedikit berita-berita utama dalam #GarisMasa sepanjang bulan ini.
1. Fasa 1 PPN: Kelonggaran SOP bagi sukan, riadah, rekreasi bermula hari ini.
Antara kelonggaran itu ialah membenarkan aktiviti sukan tertutup atau 'indoor', kecuali gimnasium, kepada individu yang sudah lengkap vaksinasi.
2. Stesen minyak, restoran dibenar buka hingga tengah malam
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.
3. Pulau Langkawi projek perintis destinasi gelembung pelancongan
Dalam pengumuman pada 2 September itu, Perdana Menteri berkata, destinasi pelancongan lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus.
4. KKM perkenal laman sesawang COVIDNOW kongsi data pandemik
Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, data yang bakal dipaparkan memalui pembaharuan tersebut termasuklah perincian kes baharu dan kematian beserta status dan jenis vaksin; kapasiti sistem kesihatan awam; serta data kesan sampingan susulan vaksinasi (AEFI).
5. Lebih 500,000 masalah sijil vaksin digital diselesaikan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga ketika ini sedang berusaha untuk menyelesaikan 200,000 lagi masalah sama yang dijangka selesai dalam waktu terdekat
6. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja bermula 20 September, libatkan 3.2 juta remaja
Sasaran KKM 60 peratus daripada mereka mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada November ini dan 80 peratus mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.
7. Pemberian dos ketiga vaksin bermula Oktober
Jelas Khairy, pemberian dos ketiga atau (dos) penggalak itu juga tidak bermaksud pemberian dua dos vaksin sebelum ini tidak berkesan, sebaliknya ia adalah bagi meningkatkan sistem imun.
8. Sekolah tetap dibuka 3 Oktober, ambil kira fasa PPN dan situasi semasa COVID-19
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, keputusan membuka sesi sekolah bermula 3 Oktober dibuat berdasarkan penelitian lanjut yang dibuat selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
9. RMK12: RM400 bilion diperuntuk biayai projek sambungan, baharu
Ismail Sabri berkata, peruntukan pembangunan akan lebih ditumpukan kepada projek sambungan apabila ekonomi semakin kukuh tahun depan.
10. Kerajaan, pembangkang lakar sejarah meterai kerjasama
MoU yang dimeterai di Bangunan Parlimen itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.
11. Tiga unit rumah banglo dan 12 rumah jenis 'town house' membabitkan 27 keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights
Lokasi yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, di sini, diisytiharkan sebagai kawasan bencana, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
12. Sah! Sajat ditahan di Thailand, usaha bawa pulang giat dijalankan - PDRM
Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat berada di Bangkok dengan memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), dedah Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
13. PM minta bekerjasama dalam semangat 'Keluarga Dunia'
"Kita mesti memastikan kolaborasi yang lebih besar bukan hanya untuk mengakhiri wabak ini tetapi juga pada pelbagai masalah lain yang berkaitan dengan kesihatan.
"Ini termasuk memperluas kemampuan kesihatan masyarakat, terutama dengan meningkatkan akses kepada teknologi dan pengetahuan yang relevan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam ucapannya pada Sesi Debat Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-76, 25 September lalu.
Farhana Joni
Thu Sep 30 2021
Meskipun agak lewat untuk satu permulaan namun banyak perkara positif berlaku di Malaysia pada September 2021. - Gambar Astro AWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
#GarisMasa: Permulaan baik buat Malaysia sepanjang September 2021
Hari ini merupakan hari terakhir untuk September 2021, bermakna berbaki kurang 100 hari sahaja lagi untuk melangkah ke tahun baharu, 2022.