Google dikhabarkan akan memasuki arena peruncitan apabila melancarkan kedai konsep mereka menjelang hujung tahun ini.
Sepertimana Apple dan Samsung, Google turut ingin menggalakan para pengguna merasai pengalaman menggunakan produk mereka sebelum membelinya.
Memandangkan jenama Google seperti Nexus dan Chromebook semakin mendapat perhatian, Google merasakan perlunya kedai konsep dibuka bagi memenuhi minat dan permintaan pengguna terhadap produk keluaran mereka.
Khabar angin mengenai kedai konsep Google ini ditambah lagi dengan sentimen mengenai produk terbaru mereka iaitu project glass.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Google, pengguna hanya akan membeli produk project glass apabila mereka merasai pengalaman menggunakannya.
Ramai yang ingin melihat kedai konsep Google ini menjadi satu kenyataan dan berharap Google akan menawarkan produk mereka pada harga yang sama seperti ‘Google Play Store’.