PERKARA yang paling merisaukan kaum ibu adalah apabila salah seorang ahli keluarga mula batuk, demam atau selesema.

Mesti akan berjangkit pada anggota keluarga yang lain. Selain itu, tempoh untuk sembuh mengambil masa yang lama terutamanya batuk dan selesema.

Tiada cara lain selain daripada mengambil ubat klinik untuk mengurangkan masalah kesihatan yang dialami ini. Sehingga ada juga yang sering menyimpab ubat 'spare' di rumah.

Sebenarnya, boleh juga mengamalkan petua orang dulu, elak masalah kesihatan ini berjangkit dengan menggunakan bahan yang terdapat di dapur sahaja.

Dikatakan dengan bawang merah sahaja boleh membantu untuk elak berjangkit satu rumah. Boleh cuba perkongsian daripada Dari Dapur Tokma ini. Mungkin boleh membantu sebelum mengambil ubat klinik.

Pernah dengar tak petua orang tua-tua dulu, “Kalau anak demam/selsema/batuk, ambil bawang merah, kupas dan hiris. Letak bawah bantal dia tidur, Insya Allah sehari dua dah sembuh.”

Kebetulan, anak ke-2 selsema berjangkit dengan abahnya. Lepas ada batuk-batuk sikit, jadi cuba praktikkan petua ni.

Letak bawang merah ini kat bawah bantal dia, atas meja solek dalam bilik, ruang tamu dan di dapur.

Lepas itu tumbuk bawang putih (bawang merah pun boleh), kemudian campur dengan minyak masak dan sapu di dada, kaki dan atas hidung (sedikit sahaja).

Esoknya, tengok hidung anak tidak berair lagi. Kering. Batuk yang baru nak menjadi itu pun sudah tidak kedengaran. Syukur Alhamdulillah.

Tidak sempat berjangkit ke kakaknya. Bukan anak sahaja sembuh, selesema abahnya yang sudah tiga hari asyik makan ubat selesema tetapi tidak baik-baik juga sudah sembuh.

Apa yang ada pada bawang ini agaknya?

Berdasarkan sumber daripada seorang rakan Facebook yang beliau terima dari sahabatnya yang bekerja di makmal, rupa-rupanya:

Bawang adalah sejenis sayuran yang mengandungi kandungan antioxidant yang tinggi dan ada kimia yang bersifat asidik juga antibakteria.

Jadi apabila kita potong bawang dan rasa mahu menangis, sebenarnya bawang itu lepaskan gas yang bersifat antibakteria.

Sebab itu apabila kita letak di tepi katil orang demam atau selesema dia “nampak” membantu sebab bawang melepaskan gas antibakteria.

Jadi kepada anda, yang anak kerap demam atau selsema mahupun batuk, bolehlah cuba petua ini ye.

Seeloknya apabila salah seorang daripada ahli keluarga sudah terkena, terus buat. InsyaAllah cara ini dapat elakkan dari satu rumah berjangkit. Semuanya dengan Allah juga. InsyaAllah.

Mingguan Wanita: Kalau anak kerap alami masalah ini, boleh cuba buat. Mudah-mudahan membantu.

Sumber: Dari Dapur Tokma

* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.


** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!