Oppo Malaysia pada Selasa melancarkan telefon pintar terbaharu untuk pasaran tempatan iaitu Oppo F11 Pro.

Tentunya ramai yang menantikan kehadiran model tersebut yang mempunyai pelbagai inovasi dan teknologi terbaharu itu.

Dianggap sebagai telefon pintar terkini yang melengkapkan citarasa pengguna, Oppo F11 Pro kini berada di pasaran dengan harga jualan RM1,399.

Oppo F11 Pro hadir dengan skrin 6.53-inci LTPS LCD, menggunakan cip helio p70, memori 6Gb ram dan storan 64gb.

Ia turut dilengkapi sokongan pengecasan VOOC 3.0.

Untuk rakaman gambar, Oppo F11 Pro hadir dengan dwi-kamera belakang 48 Megapixel, selain kamera swafoto 16-Megapixel yang boleh dinaik dan diturunkan.

Antara ciri menarik produk Oppo bagi model ini termasuk kamera hadapan tersembunyi.

Sebelum ini kita telah melihat siri A, F,R dan Find dalam barisan telefon pintar Oppo, namun kini Oppo F11 Pro agak berbeza dari yang sebelumnya.

Antara yang paling menarik, Oppo F11 Pro ini direka cipta untuk merakamkan gambar walaupun dalam cahaya yang rendah.

Namun, kualitinya boleh dikategorikan hebat.

Ia bagi memudahkan dan membantu pengguna mengambil gambar pada waktu malam dengan dibantu teknologi Tetracell yang akan menganalisis dan menggabungkan data dari empat piksel bersebelahan.

Dengan dua kali bilangan piksel fotosensitif, ia akan meningkatkan sensitiviti cahaya dan membolehkan pengguna untuk merakam potret malam yang lebih jelas.

F11 Pro juga menggunakan teknologi mod Ultra Night dan mod Colour Dazzle.

Teknologi ini memanfaatkan teknologi AI dan teknologi pengurangan hingar berbilangan bingkai bagi mencapai pengurangan bunyi, penstabilan genggaman, cengkaman sorotan dan julat dinamik yang dipertingkatkan.

Teknologi tersebut sekaligus membekalkan pengguna untuk menangkap lebih banyak tahap kecerahan dan perincian yang biasanya melebihi had mata manusia.

Dengan kata lain, apabila pengguna merakam potret pada waktu malam, Oppo F11 Pro secara automatik boleh membezakan antara wajah manusia dengan latar belakang dan memastikan wajah manusia itu menjadi fokus kamera.

Oppo F11 Pro bukan sahaja merakamkan potret-potret yang hebat dengan kamera belakangnya, tetapi juga mengekalkan tradisinya sebagai pakar swafoto dalam siri F.

Swafoto yang menggunakan Oppo F11 Pro lebih bersifat semulajadi dan hebat.