KEBIASAANNYA barang kemas menjadi perhiasan kaum hawa ketika Hari Raya. Bukan selalu, setahun sekali baru nampak gemerlip ditubuh.

Bila tidak selalu pakai, pasti tidak biasa ia berada di badan dan bimbang pula boleh tercicir.

Kalau barang kemas berupa emas ini tercicir memang orang kata ‘menangis tak berlagu’! Bukan murah, mahal dan harga pun cecah ribuan ringgit!

Jadi seorang pengguna laman Facebook bernama Susilawatie Bte Daud telah berkongsi satu tip berguna supaya emas terutama gelang tidak tercicir.

Menurutnya ia merupakan tip dari neneknya iaitu menggunakan cable tie (pengikat kabel) untuk lebih selamat.

“Dengar-dengar banyak yang berayan emas...hati-hati semua...ikat macam Tok (nenek)..Insya-Allah selamat dan tak hilang...

“Gelang tok memang everyday makcik pakai..lepas potong cable tie..pastikan kikis hujungnya supaya tak tajam...” tulisnya.

Menerusi foto yang dikongsikan menunjukkan bagaimana keadaan apabila gelang itu diikat dengan cable tie.

Entri tersebut mendapat perhatian pengguna laman sosial yang memberi pelbagai reaksi.



*Artikel asal disiarkan di Gempak