RISIKO keselamatan terhadap kanak-kanak akibat penggunaan internet dan media sosial semakin meningkat, dengan pendedahan kepada kandungan seksual dilihat risiko terbesar.

Kajian UNICEF menunjukkan bahawa risiko berbeza mengikut negara dan bergantung pada beberapa faktor, seperti ketahanan anak-anak, bimbingan dan sokongan ibu bapa, serta kemahiran digital (seperti kemampuan mengurus tetapan privasi).

Risiko terhadap kanak-kanak perempuan lebih ketara.

Laporan State of the World 2020 oleh Plan International, yang meninjau lebih dari 14,000 kanak-kanak dan gadis awal remaja di 31 buah negara mendapati lebih separuh responden melalui situasi dibuli dalam talian, dan satu daripada empat responden merasa tidak selamat secara fizikal.

Risiko keselamatan penggunaan internet dan laman sosial kepada kanak-kanak.