KANDUNGAN dimuat naik di sosial media termasuk Instagram dan TikTok, selain sebagai arkib peribadi, ia sebenarnya turut menterjemahkan personaliti pemilik akaun tersebut.

Ada juga melihatnya sebagai ‘mirror’ atau pentafsiran apa yang berlaku sehari-hari serta minat individu itu sendiri.

Malah sejak akhir-akhir ini, frasa ‘estetik’ sering menjadi carian dan penggunaan yang popular di media sosial.

Bagi hop in trend, kami cadangkan kepada anda beberapa cara agar digelar pemilik Instagram atau TikToker yang estetik.

Mudah sahaja tapi yang penting perlu ada citarasa ‘artsy’.

Sambil-sambil tekan butang ‘follow’ pada semua platform media sosial Astro AWANI, teruskan scroll artikel ini dan bersantai pada hujung minggu anda!


Pelapik gelas atau cawan Nordic

Menyebut berkaitan Nordic, kita pasti kaitkannya dengan konsep Scandinavian bersama reka bentuk minimalis serta padanan fungsi praktikal.

Gaya ‘timeless’ ini pastinya memberi sentuhan yang dinamik kepada penataan gambar sajian anda di feed Instagram dan TikTok.

Bermula dari negara Nordic iaitu Finland, Iceland, Norway, Sweden dan Denmark, gaya dengan reka bentuk kontemporari itu terus popular di Amerika Utara sekitar tahun 60-an.

Stail ‘timeless’ ini pastinya memberi sentuhan yang dinamik kepada penataan dalam set gambar sajian di Instagram anda. (Dapatkan pelapik Nordic disini)


Pinggan makanan seramik mesra gelombang mikro

Material seramik merupakan antara bahan yang sinonim dengan gaya estetik. Selain buatannya yang menarik, pinggan jenis ini mempunyai tekstur matte dan unik.

Tekstur seramik turut menyempurnakan gaya estetik dalam susunan set sajian.

Ia turut direka dengan kemasan menarik serta salutan warna pada permukaan pelbagai dan sesuai dipadankan dengan sajian yang dihidangkan. (Dapatkan pinggan seramik Nordic di sini)


Bakul pencuci mulut rotan berbentuk kelopak

Bakul buatan tangan daripada bahan rotan memberi gaya santai dan ditambah rekaan unik berbentuk kelopak bunga ini mampu mentafsirkan frasa estetik.

Mulakan sajian pagi anda dengan hidangan beralaskan bakul rotan, sangat estetik!.

Bayangkan pagi anda dihidangkan dengan tart strawberi bersama segelas kopi Americano beralaskan bakul rotan, sangat timeless! (Dapatkan bakul rotan di sini)


Gelas Hannam jalur memanjang

Pembuatan gelas ini sangat unik dengan rekaan tekstur memanjang… sedikit klasik, namun bersifat merentas masa.

Kelihatan sedikit klasik, namun rekaan ini sebenarnya lebih bersifat merentas masa dengan ciri see through.

Ia sangat ideal apabila diisi dengan minuman seperti kopi mahupun air bunga telang lemon kerana gelasnya yang berciri see through. (Dapatkan di sini)


Dulang kayu gaya kontemporari

Sambil bersantai membelek majalah Kinfolk pada hujung minggu sambil menghirup latte dan hidangan roti kroisan dan homemade jem beri biru, ia sememangnya sangat ideal!

Nilai estetik pada ukiran dulang mencipta pengalaman lebih santai ketika menghirup latte pada hujung minggu.

Dilapik dengan dulang kayu rekaan kontemporari, pastinya ia membawa anda dan pasangan berada dalam zon yang sangat selesa dan ruang waktu abadi.

Rakamkan situasi itu dalam feed Instagram dan TikTok anda. (Dapatkan dulang kayu kontemporari di sini)

Pastikan anda dapatkan semua material yang dicadangkan di atas bagi mencipta ‘tona’ estetik dalam feed sosial media anda.

Good luck!


*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.