Jika pernah, berhati-hatilah. Rakan anda boleh menuntut bayaran seandainya anda tidak menunaikan janji untuk hadir.
Itu yang terjadi kepada Jessica Baker dan suaminya yang menerima bil berjumlah AS$75.90 (RM336) apabila gagal hadir ke majlis perkahwinan rakannya seperti yang dijanjikan.
Bil yang dikongsi di laman Facebook KARE TV.
Menurut laporan The Washington Post, pasangan dari Minnesota, Amerika Syarikat itu sebelum itu telah menghantar RSVP kepada pengantin menyatakan persetujuan untuk hadir.
Namun, apabila pada saat akhir mereka berhadapan dengan masalah dengan pengasuh anak mereka, janji itu tidak dapat ditunaikan.
Bil yang dihantar kepada mereka itu adalah untuk kos makanan yang dihidangkan selain menuntut penjelasan di atas ketidakhadiran itu.
Jessica dan suaminya bagaimanapun tidak merancang untuk menjelaskan bil berkenaan.