Orang-orang yang berisiko untuk menghidapi penyakit kencing manis jenis kedua, boleh mengurangkan risiko itu dengan tidak kerap berduduk, berbaring, atau menonton televisyen sebanyak 90 minit.

Kaedah ini mungkin lebih berkesan daripada aktiviti senaman berat yang disyorkan bagi orang-orang yang berisko untuk mendapat penyakit itu.

Dalam suatu kajian dari University of Leicester, pengkaji utama Joseph Henson dan rakan-rakan sekerjanya menganalisa pesakit dari dua kumpulan berumur dalam lingkungan 33 dan 64.

Dalam setiap kajian, mereka mengkaji masa dua kumpulan itu berehat dan membuat aktiviti berat.

Mereka mendapati masa berehat atau duduk yang panjang dihubungkan dengan tekanan darah dan tahap kolesterol yang lebih tinggi.

Walaupun kajian itu tidak mengesahkan hubungan antara perlakuan berduduk dan kencing manis, Henson berkata ia menimbulkan persoalan protokol untuk menukar risiko.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Diabetologia.