kini trending

Kini Trending menyoroti perkara-perkara menarik di laman sosial hari ini, antaranya:-

321

Diana Danielle belum bersalin


Pelakon Farid Kamil menafikan isterinya Diana Danielle sudah bersalin.

Penjelasan yang ditunggu sekian lama dilakukan menerusi akaun keek rasmi Farid.

Menurut Farid gambarnya bersama bayi yang tersebar itu sebenarnya adalah anak saudaranya.



Bidaan $1.3 Bilion Untuk Waze

Akhbar Israel Ha'aretz melaporkan Google memenangi bidaan membeli aplikasi navigasi perkongsian pengguna Waze.

Nilai bidaan dilaporkan bernilai AS$1.3 bilion dengan syarat Waze mengekalkan penjenamaannya dan tidak diintegrasikan dengan Google.

Waze bagaimanapun sehingga kini masih belum memberikan sebarang kenyataan.

321

Bukan UI iOS 7 Sebenar

Reka letak antara muka pengguna UI pada iOS 7 yang didedahkan 9to5Mac.com bukan asli.

Idownloadblog.com berpendapat UI yang bakal diperkenalkan nanti berbeza dengan yang didedahkan itu.

iOS 7 dijangka diumumkan CEO Apple Tim Cook malam ini di Persidangan Dunia Pembangun Apple WWDC 2013 di San Francisco malam ini.

Untuk mengetahui lebih banyak tumpuan menarik di laman media sosial, jangan lupa saksikan Kini Trending, setiap hari jam 8.15 malam dan ulangan pada 11.45 malam di Astro Awani.