Langit Berlin tiada jerebu, tetapi dihiasi layang-layang gergasi

Agensi
September 21, 2019 23:33 MYT
Lebih 80 layang-layang bersaiz 18 hingga 47 meter dinaikkan setiap hari, dengan penyertaan penggemar permainan itu dari seluruh Eropah. Foto Twitter @blackbleatsblog
KALAU di Malaysia langitnya kini tidak kelihatan jelas dek jerebu, namun di Berlin, Jerman, lain pula keadaannya.
Puluhan layang-layang gergasi menghiasi dada langit kota metropolitan yang terletak di Benua Eropah itu sempena Festival Layang-Layang Gergasi yang berlangsung pada Sabtu.
Acara warna-warni yang memasuki tahun kelapan itu diadakan dengan penuh meriah di tapak lapangan terbang lama di barat Berlin.
Walaupun berdepan dengan cuaca panas, namun ia tidak menghalang pelayang-pelayang untuk menerbangkan layang-layang masing-masing.
Menurut penganjur, Robert Kirsch, keadaan cuaca dan angin adalah sesuatu yang di luar kawalan dan ia merupakan cabaran setiap kali penganjuran festival tersebut.

From today's Festival of Giant Kites at Berlin Tempelhof, the old US airport. No Trump Baby Balloon, but a blond gnome with orange skin. So, go figure. pic.twitter.com/MvDFCxOt6B

— Jörg Wolf (@transatlantic) September 21, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Katanya, lebih 80 layang-layang bersaiz 18 meter hingga 47 meter dinaikkan setiap hari, dengan penyertaan penggemar permainan itu dari seluruh Eropah.
Festival tersebut menarik ribuan pengunjung yang hadir menyaksikan pelbagai jenis layang-layang gergasi, antaranya memaparkan watak adiwira, haiwan, fantasi dan makhluk mitos.
#angin #Berlin #cuaca #eropah #Festival Layang-Layang Gergasi #jerebu #Jerman #layang-layang #Layang-layang gergasi #Robert Kirsch