KUALA LUMPUR: TikTok Shop mengetengahkan potensi platform shoppertainment pada Ramadan ini dengan penganjuran persidangan Get Ramadan Raya Ready With Me #GRRRWM 2024 yang berlangsung, di sini, baru-baru ini.
Peneraju Rakan Kongsi, Nur Azre Abdul Aziz daripada TikTok Shop Malaysia berkata, TikTok Shop telah terbukti menjadi platform yang efektif untuk memberi inspirasi dan mempengaruhi komuniti semasa musim perayaan penting seperti Ramadan dan Raya.
Beliau berkata, setakat ini, tanda pagar #Ramadan memiliki tontonan berjumlah 74.3 bilion manakala tanda pagar berkaitan seperti #BajuRaya menyaksikan tontonan sebanyak 1.2 bilion dan 1.8 bilion lagi bagi #HariRaya.
Mengenal pasti potensi ini, Nur Azre berkata, TikTok Shop telah menganjurkan Persidangan #GRRRWM 2024 untuk memperkasa penjual, jenama dan pencipta yang ingin memanfaatkan platform itu bagi Ramadan dan Raya serta menyaksikan lebih 800 peserta menghadiri majlis pelancaran, bengkel dan sesi perkongsian sepanjang hari dengan 13,600 lagi mengambil bahagian dalam acara itu secara penstriman langsung di TikTok, @sellwithtiktokshop_my.
"TikTok Shop memperkasa pembeli mahupun penjual semasa Raya dan Ramadan dengan menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar serta membolehkan mereka bersiap sedia untuk musim perayaan ini. Kami berasa bangga menjadi sebahagian daripada tradisi unik Malaysia ini dan kami ingin memberi peluang kepada komuniti Malaysia kita untuk berhimpun, saling belajar dan mewujudkan peluang kerjasama, idea inovatif dan pelancaran baharu yang mengujakan," menurutnya dalam kenyataan, pada Khamis.
Menurut Nur Azre, bagi merangsang libat urus dan suai tugas lebih lanjut dalam kalangan penjual, TikTok Shop akan melancarkan dua kempen Ramadan bagi membolehkan mereka menarik perhatian penonton sepanjang musim perayaan ini.
Ini termasuk kempen #TikTokShopBazarRamadan 2024 dan #TikTokShopBazarRaya 2024 yang akan dimasukkan dalam aplikasi dengan beberapa ganjaran bonus di luar talian.
"Penjual yang menyertai kempen ini akan menerima baucar platform iaitu termasuk potongan harga dan penghantaran percuma bagi membantu mengubah penonton kepada pembeli. Jenama tempatan, melalui kempen #JomLokal, juga akan menerima bantuan tambahan. Di luar aplikasi itu, kempen akan dipergiat dengan periklanan fizikal, iklan trak bergerak dan pengagihan sampul raya khas.
"Pencipta seperti @tulippetals dan @almiyaz.my pula memperinci butiran pembelajaran dan penguasaan di platform TikTok Shop, berkongsi pengalaman, cabaran dan strategi spesifik mereka yang terbukti berjaya. Mereka menceritakan bagaimana TikTok Shop telah menjadi alat penting kepada mereka terutama dalam memaksimumkan peluang sepanjang musim perayaan dan pelbagai kempen," katanya.
Selain itu, beliau berkata, TikTok Shop komited memacu pertumbuhan usahawan kecil luar bandar susulan pelancaran #JOMLokal tahun lepas melalui kerjasama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan.
Ketika ini, TikTok Shop menjalin kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menganjurkan pertandingan penstriman secara langsung dalam kalangan penjual di bawah perbadanan itu dan menjalankan beberapa projek dengan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
"Menjelang Raya, TikTok Shop menjalin kerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menggalakkan penjual di enam negeri menjalankan jualan secara penstriman langsung.
"Satu karnival penstriman langsung juga sedang diusahakan bagi menyokong peruncit di luar talian dalam usaha meningkatkan saluranjualan mereka.
"TikTok Shop juga menjalin kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk terus memperkasa jenama luar bandar dan tempatan untuk pergi lebih jauh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
TikTok Shop menganjurkan Persidangan #GRRRWM 2024 untuk memperkasa penjual, jenama dan pencipta yang ingin memanfaatkan platform itu bagi Ramadan dan Raya. - Foto TikTok
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
SDEC 2024: PayMate lancar aplikasi pemudah cara pembayaran, TikTok Shop adakan persidangan pendigitalan PKS
Hari ketiga SDEC 2024 pada Jumaat memberi tumpuan kepada pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi transformasi digital.
TikTok Shop catat pertumbuhan 2.2 kali pada separuh pertama 2024
Ini menggambarkan peralihan sikap pengguna dalam talian Malaysia, apabila pembeli mengenali jenama-jenama menerusi kandungan di TikTok Shop.
TikTok Shop tawar diskaun dan hadiah menarik sempena 9.9 Tawaran Hebat
TikTok Shop melancarkan kempen 9.9 Tawaran Hebat dengan pelbagai tawaran menarik termasuk diskaun besar-besaran, penghantaran percuma dan baucar eksklusif bermula 5 hingga 9 September ini.
TikTok Shop bolehkan pembeli pulang barangan yang dibeli kerana 'ubah fikiran'
TikTok Shop turut menyatakan akan melindungi penjual, dan akan menghalang pengguna atau pelanggan yang menyalahguna ciri baharu ini.
TikTok Shop umum kenaikan yuran komisyen platform mulai 1 Mac 2024
Caj baharu ini juga akan turut mengambil kira dan menyertakan caj SST 8% yang akan dikuatkuasakan di Malaysia bermula 1 Mac 2024.
Lebih 14,000 penjual, jenama sedia untuk Ramadan-Raya dengan TikTok Shop di #GRRRWM 2024
TikTok Shop terbukti efektif untuk memberi inspirasi dan mempengaruhi komuniti semasa musim perayaan penting seperti Ramadan dan Raya.
TikTok uji ciri kenal pasti objek dalam video, bawa pengguna beli di TikTok Shop
TikTok menguji ciri yang boleh mengenal pasti objek pada sesuatu video secara automatik, dan kemudian mencadangkan pengguna untuk mencari produk seumpamanya melalui TikTok Shop.
TikTok Shop jalin kerjasama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan perkasa PMKS
30 orang usahawan dipilih untuk mendapat manfaat dalam bentuk bantuan modal, bimbingan perniagaan di platform TikTok Shop dan seliaan YWP.
KKD belum buat keputusan sama ada TikTok Shop wajib peroleh lesen e-dagang
Kementerian Komunikasi dan Digital masih belum membuat sebarang keputusan supaya TikTok Shop diwajibkan memperoleh lesen e-dagang.
MyIPO teliti keperluan tawar harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop
MyIPO akan teliti keperluan untuk memberi tawaran harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop yang berhasrat mendaftarkan hak cipta (copyright) dan cap dagangan perniagaan mereka.