Semestinya pada hari inilah, seorang Ibu, Mama, atau Mak diraikan sempena mengenang jasa mereka melahirkan dan membesarkan kita.
Pada mereka yang masih tercari-cari apakah yang menarik untuk dihadiahkan kepada ibu dan isteri tersayang, bolehlah cuba melayari laman portal diskaun yang menawarkan diskaun menarik sempena Hari Ibu.
Laman portal seperti Groupon, Mydeal dan Livingsocial, dan Milkadeal merupakan cara masakini yang dilihat lebih menarik, mudah dan murah untuk pilihan hadiah buat ibu atau isteri tersayang.
Laman-laman sesawang ini menawarkan pilihan diskaun dari percutian, jambangan bunga, kek sehinggalah ke rawatan spa.
Apa yang lebih menarik, harga yang ditawarkan juga lebih murah dan menggiurkan.
Antara hadiah-hadiah yang popular untuk musim Hari Ibu kali ini ialah:
• Jambangan bunga: Sedozen bunga dan coklat Ferrero Rocher boleh dibeli dengan harga RM68 sahaja berbanding harga sebenar RM150
• Set barang kemas: Set mutiara dan set barang kemas Swarovski yang boleh didapati di laman web seperti Groupon dengan harga tidak lebih dari RM100
• Baucer tunai untuk sarapan atau makan malam: Laman portal LivingSocial pula menawarkan hidangan serendah RM10 untuk seorang mengikut restoran
• Kek: Kek ais krim 1kg yang berharga RM72, kini boleh dibeli dengan harga RM39 sahaja
• Rawatan spa: Rawatan untuk memanjakan diri juga ada ditawarkan seperti di laman web Mydeal dan Milkadeal serendah RM68
Kepada yang tidak pernah mendengar tawaran menarik begini, mungkin tahun ini anda boleh mencuba kelainan untuk menggembirakan ibu tersayang.