TUJUAN utama penciptaan pesawat adalah untuk memendekkan masa perjalanan dari satu tempat ke tempat lain. Sebagai contoh perjalanan menggunakan jalan udara dari Pulau Pinang ke Pulau Langkawi hanya memakan masa 35 minit.
Berada dalam penerbangan 35 minit ini terasa seperti sekelip mata sehinggakan anda tidak sempat untuk tidur. Namun, walaupun ia sangat pendek, tempoh masa ini jauh ketinggalan berbanding penerbangan dalam senarai di bawah.
5. Connemara ke Inishmaan (Ireland) - 7 Minit
Lapangan Terbang Wilayah Connemara adalah 27 kilometer dari bandar Galway, yang mana adalah lokasi yang anda harus sampai jika anda merancang untuk melawat Pulau Inishmaan atau pulau-pulau Aran yang lain.
Apa yang menarik adalah perjalanan dari bandar Galway ke Lapangan Terbang Wilayah Connemara mengambil masa lebih lama daripada penerbangan ke Pulau Inishmaan yang tersangat indah.
Keseluruhan penerbangan yang dikendalikan oleh Pulau Aer Arann mengambil masa kurang daripada 10 minit dan biasanya diantara 6 hingga 7 minit bagi setiap perjalanan yang ke lima terpendek di dunia.
Tempoh singkat ini adalah masuk akal memandangkan penerbangan tersebut hanyalah sejauh 16 kilometer.
4. Karpathos ke Kasos (Greece) - 5 minit
Siapa pernah mendengar tentang penerbangan 5 minit? Sudah tentu orang Greece. cara yang paling biasa untuk bergerak dari sebuah pulau ke pulau yang lain adalah menggunakan jalan air, namun terdapat beberapa pilihan jalan udara yang disediakan oleh Olympic Air.
Untuk meneroka pulau-pulau di Greece, pelancong biasanya menggunakan khidmat kapal pesiaran di sekitar Laut Aegean di mana mereka melawati pulau-pulau yang paling besar dengan populasi paling ramai.
Namun, pulau Karpathos dan Kasos tidak tersenarai dalam pulau-pulau tersebut.
Jarak dari Karpathos ke Kasos kurang daripada 20 kilometer namun ia mengambil masa kira-kira dua jam dengan menaiki feri.
Mankala dengan menaiki pesawat, ia hanya mengambil masa lima minit, penerbangan ke empat paling pendek di dunia. Walaupun terletak jauh, kedua-dua pulau ini tidak berada di laluan utama pelancong bermakna anda tidak akan bersesak untuk mengambil gambar.
3. Caye Chapel Ke Caye Caulker (Belize) - 2 minit
Caye Chapel dalam sebuah pulau persendirian di Belize yang mana mempunyai dua benda iaitu padang golf dan landasan udara.
Caye Chapel adalah sebuah pulau mesra plancong, lokasi di mana terletaknya terumbu karang yang sangat sempurna untuk aktiviti menyelam.
Jarak yang memisahkan kedua-dua pulau ini hanyalah sejauh empat kilometer dan teksi air disediakan yang membolehkan pelancong bergerak dari satu pulau ke pulau yang lain.
Jika anda ingin ke Caye Chapel untuk bermain golf atau menikmati percutian privasi, anda boleh menaiki teksi air. Namun, tiada teksi air yang dijadualkan untuk ke Caye Chapel dari pulau-pulau lain.
Ini kerana jaraknya hanya 10 minit menggunakan bot dari Chaulker (lokasi yang sering dikunjungi pelancong), jadi jika anda ingin berhenti di Caye Chapel, anda hanya harus memberitahu dan bot akan singgah di situ.
Dan apabila anda sampai ke pulau persendirian Caye Chapel, anda mungkin tak dapat pulang menaiki teksi air, sebaliknya anda boleh terbang dengan Maya Island Air dalam penerbangan yang hanya memakan masa dua minit.
2. Kegata ke Apowo (Indonesia) - 1 minit
Jarak pemisah di antara Kegata dan Apowo hanyalah dua kilometer namun perjalanan dengan jalan kaki atau kenderaan darat adalah amat sukar kerana bukit yang curam dan kawasan berhutan di antara kampung-kampung sekitar.
Pesawat yang melewati jurang yang memisahkan kedua-dua bandar ini sering dirujuk sebagai penerbangan komersial paling pendek di dunia kerana seminit.
Bagaimanapun, pesawat berenjin tunggal yang mampu membawa sehinga 10 penumpang ini tidak mempunyai penerbangan berjadual.
Ini tidak memenuhi syarat sebagai penerbangan komersial walaupun pelancong membayar untuk menggunakan perkhidmatannya.
Dengan hanya dua kilometer penerbangan, landasan adalah tersangat pendek berbanding panjang purata landasan. Apa yang menarik adalah selepas berlepas anda sudah bersedia untuk mendarat semula.
1. Westray ke Papa Westray (Scotland) - 50 saat
Penerbangan paling pendek di dunia adalah dalam negara yang sangat indah iaitu Scotland. Ia adalah perjalanan dari Pulau Westray yang berpopulasi hanya 600 orang ke Papa westray dengan populasi hanya 90 orang.
Anda akan berada di atas udara kurang daripada 3 kilometer, yang mana standard panjang landasan untuk pesawat yang besar.
Dengan jarak 3 kilometer, anda dapat melihat dengan jelas di mana anda mendarat. syarikat penerbangan Loganair menyediakan perkhidmatan untuk perjalanan ini yang mana mengambil masa kurang daripada satu minit.
Terdapat laporan yang berbeza mengenai tempoh perjalanan iaitu di antara 47 dan 53 saat. rakyat Scotland menggelarkannya sebagai jambatan udara dan penerbangan ini telah berulang alik dari pulau ke pulau selama 50 tahun.
Sumber: iluminasi.com
Sinar Harian
Wed Sep 26 2018
Namun, walaupun ia sangat pendek, tempoh masa ini jah ketinggalan berbanding penerbangan dalam senarai di bawah.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
Penduduk baik pulih bot, sedia hadapi banjir di Tumpat
Persiapan penduduk dengan bot sangat penting dalam menempuh sebarang kemungkinan lebih buruk pada musim tengkujuh.
Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya
Kehadiran pelarian Rohingya didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk, selain muak dengan sikap mereka yang gagal berasimilasi.
Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Laut Aegean
Kesemua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai.
Penduduk mula sediakan bot, rak tinggi sebagai persediaan hadapi banjir
Kawasan kampung itu antara 'hotspot' banjir justeru penduduk sudah mula mengambil inisiatif membuat persiapan awal.
Bot terbalik langgar ikan paus, lima maut
Bot yang membawa 11 penumpang itu terbalik di perairan Goose Bay, kira-kira 15 kilometer selatan Kaikoura.
40 bot nelayan asing dilupuskan jadi tukun tiruan
Kaedah penenggelaman bot-bot nelayan asing sebagai tukun tiruan merupakan inisiatif dalam memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin.
Anggota APMM Sabah didakwa terima rasuah
Tertuduh didakwa menerima wang itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas bot yang mempunyai lesen bot tamat tempoh.
1.03 tan daun ketum tidak sempat keluar muara Kuala Kedah
Bot tersebut dikesan menuju keluar dari muara Kuala Kedah dalam keadaan gelap dan mencurigakan sekitar jam 6.30 pagi.