Lukisan 'Christ' sentuhan da Vinci pecah rekod jualan RM1.88 bilion!

Agencies
November 16, 2017 02:48 MYT
'Salvador Mundi' dijual kepada pembeli yang tidak dikenali, dalam satu bidaan melalui telefon yang berlarutan selama hampir 20 minit di pusat lelongan New York tersebut. - REUTERS
LUKISAN potret Christ oleh pelukis ternama Leonardo da Vinci berjaya dijual pada harga AS$450.3 juta (RM1.88 bilion) di New York pada Rabu, sekali gus mencatat rekod baharu lelongan karya seni.
Hasil lukisan yang berjudul “Salvador Mundi” baharu ditemui semula dan merupakan karya da Vinci terakhir yang menjadi milik peribadinya, dijual empat kali ganda lebih daripada harga pra-jualan pusat lelongan Christie’s iaitu pada AS$100 juta (RM417 juta).
Ia juga dijual dua kali ganda lebih daripada rekod lama AS$179.4 juta (RM749.3 juta) yang ditetapkan dari hasil karya Picasso,”Les Femmes d’Alger”.
“Salvador Mundi” dijual kepada pembeli yang tidak dikenali, dalam satu bidaan melalui telefon yang berlarutan selama hampir 20 minit di pusat lelongan New York tersebut.
#Christ #karya seni #lelongan #Leonardo Da VincI #Les Femmes d Alger #New York #Rekod #Salvador Mundi