Masyarakat masih keliru antara e-sukan dan permainan video

Asyraf Roslan
Disember 15, 2018 04:21 MYT
Rakyat Malaysia masih lagi keliru perbezaan antara e-sukan dan juga permainan video yang mereka main - www.unsplash.com
Menyentuh soal e-sukan, kebanyakan masyarakat di Malaysia masih lagi keliru dengan istilah e-sukan itu sendiri. Ramai yang masih beranggapan setiap permainan video itu merupakan e-sukan.
Kekeliruan mengenai e-sport dan permainan video ini merupakan satu salah faham yang sangat besar terutamanya dalam kalangan masyarakat Malaysia. Masih ada sesetengah yang beranggapan bahawa setiap permainan video itu adalah e-sukan.
Pemain e-sukan Malaysia, Nur Amirul Afandi berkata Esukan merupakan satu permainan video yang dijadikan satu permainan yang kompetitif untuk mencari yang terbaik antara yang terbaik.
“E-sukan bukan gaming, e-sukan adalah dimana satu permainan video yang dijadikan satu permainan yang kompetitif untuk mencari yang terbaik antara yang terbaik . Tidak semua permainan seperti Candy Crush itu kita panggil ia sebagai e-sukan,” katanya ketika menghadiri Debat AWANI yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.
Antara contoh permainan video yang boleh dikategorikan sebagai e-sukan ialah Call of Duty, FIFA, dan Dota 2 .
Amtuah menyampaikan hujahnya ketika bersama-sama dengan Debat AWANI yang di anjurkan oleh MPC dan juga Astro AWANI.
#Astro Awani #Debat AWANI #Esukan #UiTM