KUALA LUMPUR: Sepanjang tempoh pandemik COVID-19 lebih dua tahun lalu, pelbagai tekanan menghimpit kehidupan rakyat negara ini dan fasa peralihan ke endemik memberi peluang kepada ramai mendapatkan pemeriksaan rutin kesihatan.
Bagi kebanyakan orang, perkara yang diutamakan adalah kesihatan yang baik untuk jantung, paru-paru dan buah pinggang.
Bagaimanapun, selepas lebih dua tahun "berkurung di rumah" dan menghadap skrin gajet, sama ada kerana bekerja, belajar, membeli-belah atau bersosialisasi dalam talian, ada satu perkara yang perlu dititikberatkan iaitu kesihatan mata.
Ini kerana menghadap skrin gajet berjam-jam lamanya secara berterusan memberi tekanan terhadap mata serta penglihatan kita yang boleh mengakibatkan gangguan yang dipanggil sebagai "Mata Lelah" - Digital Eye Straining (DES) atau Computer Vision Syndrome (CVS).
Apa yang berlaku akibat terlalu lama menghadap skrin komputer atau peranti digital ialah pancaran gelombang tenaga pendek dan panjang akan menembusi mata, menyebabkan kerosakan fotokimia kepada sel retina. Seseorang yang ditimpa DES atau CVS akan berdepan dengan pelbagai masalah mata, daripada mata kering kepada satu lagi gejala dipanggil Degenerasi Makula Berkaitan Dengan Usia - Age-related Macular Degeneration - (ARMD).
ARMD adalah penyakit mata yang boleh menjadikan penglihatan pudar. Ianya berlaku akibat penuaan yang menyebabkan kerosakan kepada macula - bahagian saraf (retina) dalam mata yang amat diperlukan untuk melihat objek dengan jelas dan warna yang betul.
Macula adalah sebahagian daripada retina (tisu yang sensitif kepada cahaya dan terletak di belakang mata).
ARMD juga adalah punca utama untuk warga emas mengalami penglihatan kabur. Walaupun ia tidaklah menyebabkan buta sepenuhnya tetapi kehilangan penglihatan pusat boleh menimbulkan kerumitan untuk melakukan aktiviti yang lazim dilakukan seperti membaca, memandu kereta atau memasak, malah untuk melihat wajah seseorang dengan jelas.
Keadaan ini berlaku secara perlahan bagi sesetengah orang, namun ada juga yang mengalami ARMD dengan begitu pantas. Inilah puncanya kenapa ada yang tidak sedar kehilangan penglihatan untuk masa yang panjang. Untuk itu, amat penting untuk seseorang menjalani pemeriksaan mata yang kerap untuk memastikan tidak ada gejala ARMD.
AWASI RISIKO TERLALU LAMA MENGHADAP SKRIN
Optometris profesional di MOG Eyewear, Yoyo Foong, apabila dihubungi Bernama baru-baru ini menekankan, pemeriksaan mata yang kerap adalah penting bagi memastikan penglihatan seseorang kekal sihat.
Menurut beliau, kebanyakan penyakit berkaitan mata adalah "pembunuh senyap" dan kegagalan membuat pemeriksaan mata yang kerap boleh menyukarkan rawatan mata.
Beliau kemudiannya memetik satu penyelidikan yang dijalankan oleh Tinjauan Mata Kebangsaan Malaysia pada tahun 2018 yang melibatkan pemeriksaan mata terhadap 15,000 individu untuk mengesan kebutaan. Hasil tinjauan berkenaan mendapati 58.6 peratus daripada mereka didiagnos dengan katarak yang tidak boleh lagi dirawat dan mampu dicegah sekiranya ia dikesan lebih awal.
Yoyo menjelaskan, masalah penglihatan turut meningkat memandangkan ramai orang awam menggunakan gajet lebih kerap sepanjang tempoh pandemik melanda seluruh negara.
Secara umumnya, orang dewasa yang mungkin tidak mempunyai isu berkaitan penglihatan perlu berjumpa optometris sekurang-kurangnya setiap dua tahun sekali untuk memastikan kesihatan mata terjaga.
Bagaimanapun, memandangkan masa melihat skrin semakin meningkat akibat pandemik COVID-19 yang merubah gaya hidup masyarakat, pemeriksaan mata profesional perlu diutamakan sekerap sekali setahun.
"Ambil berat walaupun sekecil mana rasa tak selesa mata anda atau sekiranya berlaku perubahan penglihatan seperti sukar membezakan warna, perlu menukar tahap pencahayaan atau sukar melihat dari jarak dekat.
"Sekiranya anda mengalami tanda amaran ini, segera periksa mata anda supaya dapat rawatan dan mengelakkan berlakunya sebarang keadaan serius, " jelas beliau, dengan menambah, orang dewasa berusia 18 tahun ke atas perlu berjumpa optometris setiap dua tahun sekali untuk pemeriksaan mata menyeluruh.
MASALAH LAZIM MATA MENUA
Menurut Yoyo, ramai yang tidak akan sedar gejala atau tanda pada peringkat awal berlakunya penyakit mata dan faktor usia yang mempengaruhi keadaan mata serta kesihatan penglihatan.
Beliau memberi amaran bahawa penyakit mata berkaitan dengan umur seperti ARMD boleh bermula lebih awal dalam jangka hayat seseorang.
Di samping itu, terdapat tiga lain masalah mata yang akan mula berlaku apabila seseorang itu memasuki usia emas 50 hingga 65 tahun iaitu retinopati diabetik, katarak dan glaukoma. Mereka yang berada dalam kumpulan umur ini dinasihatkan menjalani pemeriksaan kerap mata dengan optometris setiap tahu bagi mengekalkan kesihatan mata.
"Memandangkan risiko tinggi mendapat penyakit berkaitan dengan mata pada usia tua, individu yang mempunyai sejarah keluarga atau keadaan kesihatan yang berpotensi menyumbang kepada penyakit mata perlu mengambil langkah berhati-hati.
"Sekiranya anda terlalu sibuk untuk membuat pemeriksaan mata di hospital atau klinik, ada satu lagi pilihan menerusi pemeriksaan mata serta penglihatan dengan program Pengalaman Penlihatan MOG 6-dalam-1. Ia melibatkan rutin penjagaan profesional mata termasuk Penilaian Kesihatan Mata.
"Pemeriksaan ini juga boleh menangani penyakit mata yang berpotensi untuk berlaku menerusi penilaian retina yang boleh mengesan glaukoma, retinopati diabetik dan ARMD. Ia juga melibatkan pemetaan kornea serta imej terperinci bola mata anda dan juga mengesan risiko katarak. Dalam masa yang sama optometris juga boleh memberi nasihat untuk perbaiki keseluruhan kesihatan mata anda," katanya.
PEMERIKSAAN TETAP MATA
Menurut Yoyo, kesihatan mata adalah juga penting untuk kesejahteraan tubuh seseorang dan jangan diabaikan. Sementara tiga 'O' - optometris, (pakar) oftalmologis dan (pakar) optik - boleh membantu mengesan dan mengelakkan penyakit mata, adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan mata kita sihat.
"Menjaga mata anda bukanlah rumit sangat dan anda hanya perlu melakukan beberapa perkara sahaja untuk melindungi penglihatan anda. Amalkan diet sihat dan seimbang, senaman yang kerap, pakai cermin mata hitam untuk perlindungan dari radiasi UVA/UVB, elakkan merokok dan hanya beli kanta sentuh daripada kedai optik.
"Bukan itu sahaja, rihatkan mata anda dengan peraturan 20-20-20 iaitu bagi setiap 20 minit anda melihat skrin gaet, cuba memandang sesuatu yang jaraknya 20 kaki (enam meter) daripada anda untuk selama 20 saat. Ini membantu merehatkan refleks penginapan (pergerakan refleks dalam anak mata) dan mengurangkan kelesuan mata," katanya.
Bagi mereka yang sudah menggunakan cermin mata yang disyorkan atau kanta sentuh, anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mata bagu menggantukan alat bantuan penglihatan sekurang-kurangnya setiap dua tahun sekali.
"Dengan hanya memeriksa mata anda, optometris boleh mengesan penyakit mata serta risiko kesihatan lain di samping penyakit seperti kanser dan diabetes. Banyak manfaat pemeriksaan mata dan elok masukkannya dalam senarai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
"Bagi mereka yang belum lagi menggunakan sebarang alat bantuan penglihatan, anda mungkin mahu dapatkan penilaian kesihatan mata serta ujian penglihatan menyeluruh dengan optometris anda. Pemeriksaan mata ini menilai aspek berneza penglihatan atau kesihatan mata anda. Ia boleh mengesan masalah mata pada peringkat awal ketika ia masih boleh lagi dirawat," tambahnya.
Yoyo juga memberi nasihat cara terbaik meletakkan monitor komputer bagi mereka yang bekerja dari rumah iaitu 15 hingga 20 darjah di bawah paras mata (kira-kira 10.1 - 12.7 sentimeter) diukur daripada bahagian tengah skrin dan 50.8 - 71.1 sentimeter daripada mata. Ini adalah untuk mengelakkan silau, terutamanya daripada pencahayaan atas kepala atau tingkap.
"Melihat skrin digital memberi lebih banyak tekanan berbanding cetakan tradisional dan boleh menyebabkan keletihan mata, pening kepala, penglihatan kabur, mata berair atau kering di samping sakit leher dan bahu. Disyorkan supaya individu yang mempunyai penglihatan sempurna menggunakan cermin mata khusus untuk penggunaan komputer, Cara ini memperbaiki kemampuan penglihatan apabia bekerja menggunakan skrin digital dan mengurangkan bahaya kepada mata.
"Untuk itu, pastikan jarak antara skrin komputer dan anda sekitar sepanjang lengan anda bagi mengelakkan mata cepat letih, " katanya.
Disunting dan diterjemah oleh Melati Mohd Ariff
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
Menghadap skrin gajet berjam-jam lamanya secara berterusan memberi tekanan terhadap mata serta penglihatan kita. - Gambar hiasan
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
[INFOGRAFIK] Sistem e-Dereg
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Sistem e-Dereg. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.
KUSKOP mudahkan urusan pinjaman usahawan, bantu hadapi kenaikan harga barang
KUSKOP melalui pebagai agensinya, mengambil pendekatan memudah cara urusan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro yang terkesan dengan kenaikan kos dan harga barang.
Ismail Sabri pilih 'tindakan Malaysia dalam perangi COVID-19' sebagai tajuk tesis PhD
Ketika COVID-19 diisytihar sebagai pandemik global pada Mac 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan.