OPPO Reno 10x Zum merangkumkan teknologi terkini dan fotografi yang luar biasa ke dalam reka bentuk uniknya.

Pakar Produk Siri OPPO Reno, Ray Wong berkata, ia memberi makna tentang melangkaui visi dan imaginasi seseorang berkaitan telefon pintar.

"OPPO Reno ada dua model, satu versi standard satu lagi 10x zum. Dua-dua model istimewa bagi kamera dan reka bentuk.

"Untuk kamera 10x zum, hybrid zum, 10 kali ganda gambarnya tidak pecah. Contohnya hendak mengambil gambar jauh, zum sampai 60 kali. Ia paling tinggi dalam pasaran telefon pintar hari ini," katanya semasa sidang media selepas pelancaran OPPO Reno 10x Zum di sini, pada Isnin.

Reno 10x zum memberikan paparan skrim OLED 6.6 inci yang besar selain bahagian bawahberukuran 3.5 milimeter memberikan nisbah skrin sehingga 93.1 peratus.

Reno 10x zum dilengkapi lensa utama 48 megapiksel, lensa telefoto 13 megapiksel dan lensa ultra lebar lapan megapiksel.

Ia turut menggunakan tiga inovasi utama iaitu penjajaran melintang bagi periskop lensa telefotonya, pengurangan ketebalan lensa melalui teknologi D-Cut.

Sementara reka bentuk motornya menggabungkan dua motor bebas terdahulu bagi mengurangkan ruangan dalaman.

Selain itu, fungsi terbaru mod malam ultra 2.0 meningkatkan lagi kejelasan imej melalui pengurangan bunyi komposit dan teknologi Resolusi Definisi Tinggi (HDR).

Dalam pada itu, Dolby Atmos dan penambahbaikan audio mudah alih baru memberikan siri Reno kualiti bunyi lebih baik .

Dilengkapi pembesar suara stereo, tiga mikrofon untuk mengambilan bunyi, fungsi Near Field Communication (NFC) dan aksesori perkakasan lain memberikan siri Reno ini pengalaman sempurna kepada penggunanya di seluruh negara.

OPPO Reno ditawarkan pada harga RM1,999 seunit sementara Reno 10x zum pula dijual dengan harga RM3,399.