Kehidupan dalam satu komuniti pastinya lebih mudah disebabkan kesalinghubungan dan interaksi berkesan selain perkongsian yang lancar!.

Ini antara mesej yang dibawa oleh HUAWEI dalam memastikan pengguna merasai pengalaman terbaik dalam ekosistem HUAWEI Share.

Malah, formula 1+8+N yang diperkenalkan HUAWEI turut mengadaptasikan hubungan antara peranti-peranti yang dihasilkan oleh firma pengeluar telefon pintar terkemuka China itu.

Sebelum itu, biar penulis terangkan formula 1+8+N yang mana, angka 1 mewakilkan peranti pintar sebagai pusat atau epicenter kepada sambungan atau interaksi dengan 8 kategori gajet pintar HUAWEI yang lain.

Ini antara apa yang HUAWEI P40 Pro + mampu lakukan dengan hanya satu sentuhan.

Ia termasuk komputer riba, tablet, televisyen pintar, cermin mata, jam, kereta, fon teliga serta kereta.

Manakala, N merujuk kepada eksponen yang mana ia merupakan asas bagi peranti Objek Rangkaian Internet (IoT) termasuk peralatan pintar, sister permainan video dan projektor.

Dengan hanya satu sentuhan HUAWEI P40 Pro +, ini yang peranti tersebut mampu lakukan sebagai epicenter:

1. Komputer riba HUAWEI
Fungsi One Tap Share antara komputer riba dan peranti pintar dapat dilakukan dengan hanya menyentuh peranti pintar pengguna di bahagian label HUAWEI Share pada komputer riba.

Skrin telefon pintar dapat dihubungkan terus dengan satu sentuhan di bahagian label HUAWEI Share pada komputer riba HUAWEI.

Ia membolehkan pengguna menghubungkan peranti pintar dengan komputer riba dan tidak hanya berkongsi data sebaliknya paparan telefon pintar turut dapat dilihat pada paparan komputer riba.

Melaluinya, anda dapat memindahkan dengan mudah fail daripada telefon pintar ke komputer riba dengan hanya menggunakan tetikus. Malah, sekiranya anda adalah pengguna HUAWEI Matebook X Pro, pemindahan data boleh digunakan dengan menggunakan jari melalui fungsi skrin sentuh.

Mudah dan urusan anda tidak lagi memerlukan kabel!

2. **Televisyen pintar HUAWEI
Sekiranya ingin membuat sambungan telefon pintar ke televisyen, anda hanya perlu mengaktifkan fungsi komunikasi medan berhampiran (NFC) pada telefon pintar sebelum menyentuh peranti di bahagian label HUAWEI Share pada kawalan jauh.

Lebih mudah menonton dengan menyambung pada paparan bersaiz besar televisyen pintar HUAWEI daripada telefon pintar.

Cara ia membolehkan skrin telefon pintar anda dipaparkan di televisyen pintar. Ia jauh lebih mudah dengan kaedah lama memancarkan skrin selain lebih pantas!

**tidak terdapat di Malaysia


3. HUAWEI MatePad Pro
Sama seperti komputer riba HUAWEI, peranti ini mempunya pelbagai paparan fungsi kolaborasi. Telefon pintar anda boleh beroperasi menerusi Matepad Pro.

Ia membolehkan urusan pemindahan gambar, video dan fail antara telefon pintar dan tablet lebih efisyen.

Pengguna boleh lakukan operasi telefon pintar melalui tablet HUAWEI dengan sambungan dan fungsi NFC.

Bagi membuat kolaborasi paparan pelbagai, anda hanya perlu mengaktifkan fungsi NFC pada telefon pintar HUAWEI dan sentuh pada kekunci Shift pada papankunci bagi memancarkan skrin telefon pintar pada Matepad Pro.

4. HUAWEI Sound X
HUAWEI Sound X merupakan pembesar suara pertama yang menyokong resolusi tinggi ciptaan HUAWEI dan Devialet. Ia merupakan sebagai tambahan kepada fungsi asas pembesar suara kecerdasan buatan (AI) HUAWEI.

Hanya satu sentuhan bagi memainkan muzik daripada telefon pintar anda dengan menggunakan HUAWEI Sound X.

Ia dilengkapi dengan teknologi One Tap Share yang mana anda boleh memainkan muzik dalam telefon pintar ke HUAWEI Sound X dengan hanya satu sentuhan di bahagian sensor pada pembesar suara.

Pembesar suara pintar ini turut mudah dikawal, pengguna tidak perlu mengeluarkan telefon daripada poket untuk menghentikan muzik sebaliknya hanya menutup bahagian atas pembesar suara dengan menggunakan tapak tangan anda sahaja. Sangat mudah!

5. Penghala (router) HUAWEI AX3
Lupa kata laluan WiFi? Dengan penghala HUAWEI AX3, anda kini boleh terus sentuh telefon pintar HUAWEI di bahagian sensor NFC pada penghala dan langsung mendapat akses kepada rangkaian WiFi.

Tidak perlu lagi risau terlupa kata laluan WiFi, penghala HUAWEI AX3 kan ada!.

6. **Kereta
Kini anda tidak perlu lagi membawa kunci kereta! Dengan telefon pintar HUAWEI, anda boleh menekan di bahagian NFC apabila berhampiran dengan pintu kereta untuk membukanya.

Buka pintu kereta dengan telefon pintar? Ini zaman HUAWEI, sangat mudah!.

Bagi mengunci kereta, pengguna hanya perlu melakukan langkah sama. Ternyata teknologi ini sangat memudahkan urusan seharian anda!

**hanya terdapat pada model kereta tertentu

Selain daripada sambungan sentuhan antara 1 dan 8, HUAWEI terus berusaha untuk menghubungkan antara kategori akhir seperti menghubungkan melalui One Tab Share antara Freebuds dan Sound X, Freebuds dan komputer riba, Freebuds dan Watch GT serta pelbagai lagi pada masa hadapan.

Pintar dan hebat melalui kesinambungan hubungan dengan HUAWEI Share. Untuk maklumat lanjut berhubung 1+8+N, anda boleh layari di laman rasmi HUAWEI.