APABILA menonton filem atau drama, kita seringkali dihidangkan dengan pelbagai teknik penjenayah untuk meloloskan diri dari ditangkap pihak berkuasa, sehingga kita terfikir betapa bijaknya mereka.
Tetapi penjenayah yang seorang ini mungkin tidak tergolong dalam kategori tersebut.
Seorang pencuri yang dikehendaki polis di Bradford, England, berjaya ditahan biarpun cuba menyembunyikan diri.
Taktik Jan Sivak, 30, bagaimanapun menjadi persoalan kerana dia ditemui bersembunyi di bawah katil di rumahnya.
Sivak berbaring di bawah katil dengan kedua-dua belah kakinya terjulur keluar, membuatkan cara persembunyiannya itu agak lucu dilihat, apatah lagi bagi seorang pencuri.
Akaun Facebook polis Halifax memuat naik gambar kaki Sivak dengan kapsyen berbunyi, "Dia tidak akan menang jika memasuki pertandingan cari dan sembunyi".
Sivak sebelum itu diburu polis kerana gagal hadir ke mahkamah untuk perbicaraan selepas mendapat ikat jamin.
Dia ditangkap kerana mencuri dan memecah masuk sebuah kedai beberapa minggu lepas.
Sivak tidak mengaku salah untuk kesalahan berkenaan, namun mengaku salah kerana gagal hadir ke mahkamah dan dipenjara 14 hari.
Madiha Abdullah
Sun Jul 02 2017
Sivak berbaring di bawah katil dengan kedua-dua belah kakinya terjulur keluar, membuatkan cara penyembunyiannya itu agak lucu dilihat. - Foto Facebook West Yorkshire Police - Halifax
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Pencuri kantoi, kaki terjulur dari bawah katil
Sivak berbaring di bawah katil dengan kedua-dua belah kakinya terjulur keluar, membuatkan cara penyembunyiannya itu agak lucu dilihat.