Adakah anda pernah mengalami situasi renyah seperti ini?

Ketika bekerja dari rumah dan perlu memindahkan pelbagai fail serta gambar daripada telefon pintar ke komputer, anda terpaksa menghubung kedua-dua peranti dengan kabel. Perkara seperti ini sungguh tidak intuitif dan mengambil masa!

Rata-rata kita mempunyai pelbagai peranti seperti pembesar suara, televisyen dan telefon pintar tetapi bagaimanakah kita membuat pemindahan kandungan dari telefon ke pembesar suara atau televisyen?

Dimetaforakan - ketika anda bergegas, adalah amat sukar untuk anda selongkar mencari kunci kereta di dalam beg yang ditimbuni dengan pelbagai barang!

Kekangan antara peranti sangat memberi kesan kepada pengalaman pengguna. Pengguna kini menggunakan pelbagai peranti pintar dan mengimpikan pengalaman perhubungan yang terbaik antara peranti-peranti tersebut.

Perhubungan lebih mudah

Prihatin terhadap situasi tersebut, HUAWEI kini menawarkan penyelesaian sambungan dengan menggunakan teknologi Huawei Share bagi membolehkan pengguna berhubung dengan lebih mudah dalam semua keadaan termasuk ketika di pejabat, di rumah dan di mana-mana sahaja.

Huawei Share tidak hanya berkongsi fail antara peranti, sebaliknya turut menyediakan inovasi mod interaksi OneHop antara telefon dan peranti pintar termasuk pemindahan fail, perkongsian audio, perhubungan rangkaian dan pemancar skrin yang memberikan lebih pengalaman interaksi kepada para pengguna.

Huawei Share memudahkan pengguna berkongsi fail daripada telefon pintar ke peranti lain.

Apabila anda ingin membuat pemindahan gambar yang diambil menggunakan kamera telefon ketika bercuti kepada komputer bagi tujuan suntingan, anda kini dengan secara mudah boleh menyentuh NFC-enabled phone di tag Huawei Share di bahagian kanan bawah PC untuk membuat sambungan.

Sekiranya telefon anda dilengkapi dengan versi terkini atau EMUI 10.0, anda juga boleh merasai pengalaman ciri inovatif kerjasama skrin pelbagai yang disediakan Huawei Share.

Ia tidak hanya menawarkan pemindahan fail yang lancar antara PC atau tablet dengan telefon pintar, sebaliknya turut membolehkan papan kekunci dan tetikus berfungsi selari dengan telefon, ia menjadikan komputer riba/ tablet dan telefon puntar bersambung dengan sinergi.

Anda boleh membuka aplikasi dari telefon atau ‘menarik’ dokumen daripada telefon ke PC dengan menggunakan tetikus, malah turut boleh membuat suntingan secara terus (hanya disokong dengan versi terbaharu dan EMUI 10.1).

Pembesar suara Sound X untuk memainkan muzik, ia memang sangat mudah dengan adanya ciri perkongsian One-Tap Audio Huawei.

Ciri lebih selesa dengan One-Tap Audio dan Network Connection One-Tap Huawei

Apabila anda pulang ke rumah, hanya sentuh telefon di atas pembesar suara Sound X untuk memainkan muzik, ia memang sangat mudah dengan adanya ciri perkongsian One-Tap Audio Huawei.

Sekiranya ingin meletakkan pada mod henti, anda tidak perlu mengeluarkan telefon daripada poket sebaliknya hanya menutup bahagian atas pembesar suara dengan menggunakan tapak tangan anda sahaja. Sangat mudah!.

Sekiranya kawan anda ingin bermain permainan video secara berpasukan, ciri Network Connection One-Tap daripada Huawei Share sangat membantu. Tidak lagi perlu memberi tahu kata laluan wifi, sebaliknya hanya menyentuh telefon anda di bahagian NFC pada bahagian bawah kanan penghala (router) HUAWEI.

Pengguna juga boleh menyentuh telefon ke alat kawalan skrin pintar untuk memancarkan skrin ke televisyen, nikmati keseronokan paparan skrin lebih besar dengan imej lebih jelas.

Bermain permainan video secara berpasukan dengan ciri sambungan rangkaian One-Tap daripada Huawei Share.

Banyak lagi yang boleh dinikmati dengan teknologi dibangunkan HUAWEI! Anda kini tidak lagi perlu membawa kunci kereta ketika keluar!

Dengan Huawei Share pengguna boleh membuka kereta dengan hanya menggunakan telefon apabila mendekatinya. Anda juga boleh mengunci kereta meskipun pada jarak yang jauh, ia semestinya memberi keselesaan kepada semua pengguna.

Huawei Share ini hanyalah permulaan, syarikat tersebut akan terus membangunkan teknologi masa hadapan bersama rakan kerjasama ekosistem bagi menyediakan pelanggan dengan pengalaman kehidupan pintar.

Petal Search Widget - Cara untuk anda mendapatkan berjuta aplikasi

- Huawei sentiasa komited untuk memberi yang terbaik kepada pengguna bagi pengalaman yang menakjubkan.
- Model Huawei P40 PRO + hadir dengan Petal Search Widget– sebuah aplikasi carian baharu widget yang membantu pengguna mencari aplikasi, kandungan dan berita yang mereka inginkan dengan lebih lancar.
- Dicipta oleh HUAWEI, aplikasi ini memberi pengguna akses dan pilihan kepada dunia aplikasi yang mereka tidak pernah rasai sebelumnya.

Bagaimana ia berfungsi?

Ini tiga langkah mudah untuk mendapatkan Petal Search Widget – Find Apps.
Langkah 1: Untuk menyokong anda dalam penyumberan aplikasi yang diperlukan melalui peranti siri P40, Petal Search Widget – Find Apps membantu anda untuk melakukannya.
Langkah mudah, klik pada bar Find Apps pada paparan utama untuk mula.

Langkah 2: Aplikasi Petal Search Widget akan memaparkan aplikasi utama yang anda boleh muat turun. Hanya taip pada bahagian nama di bahagian bar carian.

Langkah 3: Petal Search Widget– Find Apps akan memaparkan aplikasi berkaitan dengan carian anda. Ia akan menunjukkan apa yang anda boleh muat turun daripada Huawei AppGallery, install daripada pautan rasmi, guna versi web atau install daripada pihak ketiga.

Lengkapi kehidupan anda dengan ekosistem teknologi HUAWEI.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI TOGETHER 2020 Campaign, sila layari consumer.huawei.com. Dengan adanya One Tap Connectivity dengan Huawei Share, semuanya mudah!