Populasi Beijing cecah 20.69 juta pada akhir 2012, meningkat 2.5 peratus atau 507,000 orang berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah bukan penduduk Beijing yang tinggal lebih setengah tahun di bandaraya ini naik sebanyak 316,000 orang dari akhir 2011 kepada 7.74 juta tahun lepas, menurut data dikeluarkan Biro Statistik Beijing pada Ahad.

Bagaimanapun, Naib Ketua biro itu, Xia Qinfang berkata kadar pertumbuhan itu merupakan terendah dalam beberapa tahun kebelakangan ini berikutan pertumbuhan lebih perlahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut laporan agensi berita Xinhua.

Media kerajaan itu melaporkan jumlah populasi tinggi itu telah mewujudkan cabaran kepada bandaraya ini, termasuk menduduki tempat pertama senarai kesesakan trafik dunia dan harga rumah naik mendadak.