RAMBUT menyempurnakan keindahan bentuk wajah setiap insan, terutama wanita.
Helaian demi helaian memberi refleksi kemilau yang memukau seterusnya memudahkan penggayaan rambut yang diinginkan.
Walaupun hanya duduk di rumah tak bermakna anda tidak perlu berdandan. Paling penting sentiasa menjaga kebersihan kulit kepala, barulah rambut yang cantik menjadi milik anda.
Tidak kira sama ada berhijab atau tidak, rambut perlu diberi penjagaan yang khusus.
Jika berhijab, pastikan rambut berada dalam keadaan yang baik dan dijaga dengan penjagaan syampu secara berkala untuk mengelakkan masalah rambut kepam, gugur dan kelemumur secara berlebihan.
Rambut bukan sahaja melindungi kulit kepala daripada terdedah kepada anasir luar seperti kotoran dan pencemaran malah boleh menyerlah penampilan seseorang.
Namun, akibat stres, pengambilan makanan yang tidak berkhasiat, perubahan cuaca, penggunaan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai merupakan punca masalah rambut.
Memang benar masalah rambut tidak menjejaskan keadaan fizikal tubuh tetapi boleh mencacatkan penampilan, menurunkan keyakinan diri dan prestasi kerjaya merosot.
Oleh itu, sebaik-baiknya sebelum berlaku masalah rambut lebih baik mencegahnya dengan melakukan pemeriksaan rambut dan kulit kepala.
Jika pemeriksaan kesihatan dilakukan setahun sekali, pemeriksaan kesihatan rambut begitu juga.
Secara purata, kulit kepala manusia mempunyai kira-kira 100,000 hingga 150,000 folikel rambut. Biasanya kita akan keguguran lebih kurang 100 helai rambut setiap hari.
Apabila usia kita meningkat, pertumbuhan rambut kita mula menjadi perlahan. Bagaimanapun, sekiranya kita sentiasa keguguran lebih daripada 100 helai rambut sehari, kita perlu mendapatkan khidmat pakar rambut.
Bagi mengenal pasti keadaan rambut sebaik-baiknya jalani pemeriksaan rambut atau kulit kepala enam bulan sekali atau sekurang-kurangnya setahun sekali.
Memandangkan kulit kepala boleh menimbulkan masalah kulit atau dermatologi, kesihatan kulit kepala penting untuk kesihatan rambut.
Pemeriksaan rambut atau kulit kulit kepala membantu mengenal pasti isu berkaitan rambut seperti kecacatan umbi rambut, folikel tersumbat, penyahhidratan kulit kepala, longgokan natrium, daki, jangkitan kulat dan bakteria dan kekurangan pemakanan.
MASALAH-MASALAH RAMBUT
Rambut kering atau rapuh
Menandakan kekurangan protein, vitamin A, sulfur, silikon atau zink dan hormon tiroid tidak seimbang.
Rambut berminyak
Menandakan kekurangan asid lemak penting, zink, vitamin B6, riboflavin atau asid folik.
Keguguran tekstur atau sinar rambut
Menandakan kekurangan asid lemak penting, vitamin B6, magnesium atau zink dan pertumbuhan hormon yang tidak seimbang.
Rambut cepat beruban
Disebabkan oleh tekanan dan ketidak seimbangan testosteron, hormon pertumbuhan atau ACTH (hormon pituitari).
Masalah kulit kepala (contohnya kelemumur)
Menandakan jangkitan kulat, yang dipercepatkan oleh diet tinggi karbohidrat, gangguan keimunan sistemik, tahap tekanan yang tinggi dan kekurangan Vitamin B, zink, biotin, selenium atau kuprum (lebih-lebih lagi jika sensitif kepada matahari)
Keguguran rambut (bertompok-tompok)
Disebabkan oleh keracunan logam, kekurangan asid folik & zink, dan ACTH atau kortisol tidak seimbang.
Keguguran rambut (secara berlebihan)
Menandakan kekurangan pengaliran atau pengedaran darah ke kulit kepala. Ini juga boleh bermakna kekurangan protein, asid lemak penting, Vitamin B, silikon dan zink dan pertumbuhan tidak seimbang hormon tiroid dan hormon pertumbuhan (terutama sekali jika keguguran rambut berlaku secara menyeluruh).
Artikel asal di Nona
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Nona
Sun Aug 15 2021
Helaian demi helaian memberi refleksi kemilau yang memukau seterusnya memudahkan penggayaan rambut yang diinginkan. -Gambar hiasan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rambut mahkota wanita, atasi masalah kulit kepala agar kekal bersih dan sihat
Helaian demi helaian memberi refleksi kemilau yang memukau seterusnya memudahkan penggayaan rambut yang diinginkan.
Saintis kini faham mengapa tekanan buat rambut beruban
Dalam eksperimen pada tikus, sel induk yang mengawal warna kulit dan warna rambut menjadi rosak selepas mengalami tekanan yang kuat.
Kerana takut mati, warga emas tidak potong rambut selama 80 tahun
Chien, 92 tahun, yang berasal dari selatan wilayah Delta Mekong mempunyai rambut sepanjang lima meter selepas hampir 80 tahun tidak memotongnya.
Gunting rambut di kedai, rumah masih dilarang - Ismail Sabri
Kerajaan masih belum membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi meskipun kes jangkitan COVID-19 melibatkan rakyat tempatan semakin berkurang.
Benar, tekanan buat rambut cepat beruban - Kajian
Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Harvard mendapati hormon norepinephrine dibebaskan ketika badan berada dalam keadaan 'fight or flight'.
Si comel miliki rambut unik!
Bayi berusia empat bulan itu dikatakan memilik rambut telah mengikut rambut bapanya.
1.5kg rambut dijumpai dalam perut kanak-kanak 8 tahun
Doktor di Hospital Donghua, China terkejut selepas merawat seorang kanak-kanak perempuan dan menjumpai 1.5 kg rambut di dalam perutnya.
Rambut tersangkut di roda go-kart, kulit kepala robek hingga bawa maut
Keputusan untuk singgah ke sebuah taman tema hiburan bertukar menjadi pengalaman ngeri bagi sebuah keluarga.
Sisi botak rambut Trump terdedah, ramai pertikai keaslian rambutnya
Isu keaslian rambut Presiden Donald Trump kembali viral apabila sebuah video yang dimuat naik baru-baru ini jelas menunjukkan kulit kepala beliau.
Sampel rambut langkah efektif kesan dadah - Nur Jazlan
Penggunaan contoh rambut bagi mengesan pengambilan dadah dalam kalangan pegawai, anggota polis serta pegawai baharu bermula tahun depan dilihat sebagai langkah yang efektif.