BUKIT MERTAJAM: Remaja kelahiran Pulau Pinang yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam Perniagaan di INTI College Penang, berhasrat mempromosi kepelbagaian budaya di Malaysia apabila beliau mewakili negara sebagai finalis pertandingan Miss Teen Universe 2021.
Dheper Reshaa Teh, 19, berkata beliau menyasarkan untuk mengetengahkan keindahan Malaysia dan membanggakan negara apabila berlepas ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 25 Okt ini dan bersaing dalam pertandingan itu pada 6 Nov.
"Saya berharap bahawa pengalaman menyertai pertandingan sejak empat tahun lepas akan membawa kejayaan kepada saya untuk dinobatkan sebagai Miss Teen Universe tahun ini. Mereka yang ingin menyokong saya mewakili Malaysia boleh mengunjungi Instagram Miss Teen Universe (@missteenuniversepageants) dan mengundi saya," katanya kepada Bernama.
Menyingkap pengalamannya, Dheper berkata beliau mula menunjukkan minat dalam pertandingan sedemikian dan memendam hasrat untuk bergelar Miss Universe pada usia seawal empat tahun lagi, dan cita-citanya terus berkembang, bermula dengan mempelajari gaya pergerakan catwalk di rumah, sehingga mengikuti akademi modelling di Pulau Pinang.
Beliau mula mengungguli pertandingan ratu cantik buat kali pertama apabila dinobatkan sebagai Miss Teen International Malaysia 2018/2019 dan sejak itu beliau berusaha untuk bersaing dalam dua pertandingan peringkat antarabangsa, iaitu Miss Teen Universe 2019 di New Delhi, India, serta Miss Tourism Global City, di Guangdong, China tahun ini.
Usahanya membuahkan hasil apabila terpilih sebagai finalis bagi Miss Teen Universe 2019 dan ditempatkan di ranking Terbaik 20 dalam Miss Tourism Global City.
"Pertandingan di peringkat antarabangsa amat jauh berbeza daripada pertandingan peringkat kebangsaan. Terdapat banyak aspek yang tidak saya ketahui seperti isu mengenai perkauman, politik dan banyak kejutan budaya... sedangkan saya masih muda dan naif," katanya, namun menambah bahawa kebanyakan rakan peserta yang ditemuinya sangat mengambil berat dan banyak menjaganya semasa mengikuti pertandingan.
Katanya beliau berharap akan dapat menggunakan pengalamannya dalam pertandingan sedemikian di peringkat antarabangsa, dan mewakili Malaysia untuk bertanding bagi merebut gelaran Miss Universe di masa hadapan.
"Impian saya adalah untuk dinobatkan sebagai Miss Universe satu hari nanti, dan melihat gambar-gambar saya terpampang di majalah hebat seperti Vogue dan juga papan iklan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021
Dheper Reshaa menunjukkan trofi Miss Teen International Malaysia 2018/2019 yang dimenanginya sebelum ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja kelahiran Pulau Pinang azam rangkul gelaran di pertandingan Miss Teen Universe
Remaja kelahiran Pulau Pinang Dheper Reshaa Teh, berazam untuk membanggakan Malaysia dengan memenangi Miss Teen Universe 2021, yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mac di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Miss Teen Universe 2021 ditunda tahun depan
Dheper berkata, penangguhan tersebut akan memberinya lebih banyak masa dan peluang untuk membuat persiapan.
Remaja kelahiran P.Pinang finalis Miss Teen Universe 2021
Dheper Reshaa menyasarkan untuk mengetengahkan keindahan Malaysia dan membanggakan negara apabila bersaing dalam pertandingan itu pada 6 Nov.