Drama bersiri Netflix Squid Game menjadi topik hangat diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini dengan pelbagai perkongsian menarik.

Salah satu babak yang mencuri perhatian penonton drama Korea Selatan ini adalah permainan yang melibatkan 'Dalgona Candy'.

Susulan itu, rata-rata pengguna TikTok dilihat berkongsi cara membuat gula-gula tersebut di akaun media sosial mereka itu.

Boleh anda mengeluarkan bentuk pada gula-gula tersebut tanpa memecahkannya?

Gula-gula tradisional Korea Selatan ini diperbuat daripada campuran gula pasir dan soda bikarbonat.

Mengikut tradisi, sesiapa yang berjaya mengeluarkan bentuk pada gula-gula tersebut tanpa memecahkannya akan dihidangkan satu lagi gula-gula secara percuma.

Namun dalam drama siri Squid Game, pemain disajikan habuan lain, mereka terselamat daripada dibunuh.

Pengguna TikTok @audreysaurus menjelaskan gula-gula tersebut sering dijual di jalan biasanya oleh golongan warga emas.



Tanda pagar #dalgona telah meraih lebih 1 bilion tontonan sejak drama siri itu disiarkan.

Usaha untuk mengeluarkan bentuk pada gula-gula tersebut tidak mudah seperti ditunjukkan pengguna TikTok @erictriesit.



Video yang dimuat naik di akaunnya itu sehingga kina telah meraih lebih 76.6 juta tontonan.