KUALA LUMPUR: 21 September setiap tahun, Hari Alzheimer Sedunia disambut bagi meningkatkan kesedaran serta menyokong individu yang terjejas akibat penyakit itu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan bahawa penyakit Alzheimer merupakan punca kematian ketujuh paling biasa di seluruh dunia, dan jumlah pesakit diramal meningkat hampir tiga kali ganda menjelang 2050.
Apa itu penyakit Alzheimer?
- Penyakit Alzheimer adalah salah satu jenis penyakit demensia yang paling biasa ditemui. Seperti kebanyakan penyakit demensia, Alzheimer adalah penyakit degeneratif yang berterusan tanpa rawatan penyembuhan.
- Penyakit Alzheimer sering dihidapi golongan warga emas dan 8.5 peratus orang yang berumur 60 tahun di Malaysia menghidapi Alzheimer.
Tanda-tanda awal:
- Kesukaran menumpukan perhatian
- Kesukaran melakukan aktiviti harian yang biasa dilakukan
- Kekeliruan tentang masa dan tempat
- Perubahan emosi dan keperibadian
Aktiviti yang disyorkan:
i. Melakukan aktiviti perangsang minda
Aktiviti yang boleh dilakukan seperti sudoku, permainan papan atau menggunakan telefon pintar atau tablet untuk mengakses aplikasi yang boleh mengasah minda. Aktiviti ini boleh mengasahkan minda dengan memproses maklumat dan mengembangkan kemahiran berfikir.
ii. Meneruskan hobi seperti membaca buku, bermain alat muzik, atau menyimpan diari.
Aktiviti ini boleh melambatkan kemerosotan kognitif.
iii. Cari peluang melakukan kerja-kerja sukarela
Menjadi sukarelawan bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi ia juga dapat membaiki fungsi kognitif.
iv. Melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dengan lebih kerap
Peredaran darah yang bertambah baik dengan aktif secara fizikal boleh meningkatkan kecerdasan otak.
v. Amalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang dapat mengurangi risiko penyakit tidak berjangkit termasuk demensia
Ia sangat digalakkan untuk menuruti corak pemakanan yang lebih spesifik seperti diet Mediterranean yang merangkumi bijirin penuh, buah-buahan,sayuran, ikan dan makanan laut bercengkerang, serta lemak sihat seperti kekacang dan minyak zaitun.
Diet ini membekalkan nutrien penting untuk kesihatan otak dan dapat menurunkan risiko demensia.
vi. Berhenti merokok
Sekiranya anda merupakan salah seorang perokok, inilah masa yang tepat untuk berhenti merokok.
Ini kerana, ia dapat mengurangkan kerosakan pada sel-sel otak. Adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor anda tentang cara-cara berhenti merokok.
Astro Awani
Wed Sep 21 2022
21 September setiap tahun, Hari Alzheimer Sedunia disambut bagi meningkatkan kesedaran serta menyokong individu yang terjejas akibat penyakit itu - Gambar fail/ Unsplash
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Lelaki Myanmar dan Bangladesh dalang sindiket pekerja asing
Dua lelaki dari Myanmar dan Bangladesh disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen menerusi operasi khas di ibu negara.
Fokus mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Fakulti Inovasi & Teknologi, Taylor’s University, Prof.Madya Ts Datuk Dr. Husin Jazri berpendapat bahawa Kementerian Ekonomi Malaysia harus fokus cara untuk mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan penuh dikalangan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) ini berjaya.
Memahami Alzheimer dan diagnosis awal
Hari Alzheimer Sedunia pada 21 Sept setiap tahun memberi peluang kepada orang ramai memahami penyakit Alzheimer dengan lebih mendalam.
Sambutan Hari Alzheimer: Kurangkan risiko alami dementia
Penyakit Alzheimer adalah salah satu jenis penyakit demensia yang paling biasa ditemui.
Pesakit Alzheimer di seluruh dunia mungkin cecah 139 juta menjelang 2050 - Laporan
Jumlah pesakit Alzheimer di dunia mungkin mencecah 139 juta menjelang 2050, menurut laporan terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Bertindak sekarang untuk kurangkan risiko demensia
Kekal aktif secara mental dan gaya hidup sihat boleh membantu mengurangkan risiko demensia apabila umur semakin meningkat.