Skype perkenalkan ciri transkrip untuk mesej suara

Amanz
Mac 15, 2024 01:50 MYT
Anda boleh mengemas kini Skype dan mencuba sendiri ciri baharu yang menarik, iaitu sokongan transkrip untuk mesej suara. - Gambar fail
SKYPE merupakan salah satu aplikasi permesejan dan komunikasi di bawah Microsoft.
Kini, Skype memperkenalkan kemas kini baharu untuk semua, sekali gus membawakan salah satu ciri yang menarik - iaitu sokongan transkrip untuk mesej suara.
Dengan langkah ini, anda boleh melihat apakah kandungan sesuatu mesej suara yang dihantar melalui paparan teks - tanpa perlu memainkan mesej suara berkenaan.
Ini sangat berguna sekiranya anda berada di luar, dan tidak boleh menyemak atau mendengar sesuatu mesej suara.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu tap pada ikon 'pen' bersebelahan butang 'mainkan audio' pada mesej suara, dan ia seterusnya akan menjana teks untuk sesuatu audio berkenaan.
Anda boleh mengemas kini Skype hari ini, dan mencuba sendiri ciri baharu ini.

Do you ever need a pen and notepad to answer your friends voice memos? Because we just made your life a whole lot easier! Transcribe that long memo and dont worry about forgetting that one small point your friend made in the middle of their long speech. Have fun!#skype pic.twitter.com/4k9Tg0rt6o

— Skype (@Skype) March 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Skype #mesej suara #transkrip #teks untuk audio