Sony umum naikkan harga PS5

Bernama
Ogos 26, 2022 04:30 MYT
Kenaikan harga hanya akan dikenakan di pasaran terpilih. - Foto Facebook/PlayStation 5
ANKARA: Sony akan menaikkan harga runcit konsol permainan video PlayStation 5 di beberapa pasaran terpilih susulan perkembangan ekonomi global seperti inflasi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sony Interactive Entertainment pada Khamis.
"Kami menyaksikan kadar inflasi global yang tinggi, serta aliran mata wang yang rendah, memberi kesan kepada pengguna dan mewujudkan tekanan terhadap pelbagai industri," tulis Jim Ryan dalam blog, menurut Agensi Anadolu (AA).
Kenaikan harga hanya akan dikenakan di pasaran terpilih di seluruh Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Asia-Pasifik, Amerika Latin dan Kanada, namun tiada peningkatan harga runcit di Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
#PlayStation 5 #PS5 #Jim Ryan #konsol permainan video