KANGAR: Dipilih mewakili negeri Perlis bagi mempromosikan produk ikan pekasamnya di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Antarabangsa (MAHA) di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) pada 2014 menjadi titik tolak kepada kejayaan Wan Mastura Megat bergelar usahawan makanan tersebut.
Suri rumah berusia 36 tahun itu berkata permintaan menggalakkan terhadap produk yang diberi nama Pekasam Warisan Perlis itu, mendorongnya berusaha keras menyediakan sehingga dua tan stok ikan pekasam khususnya sebagai persediaan kedatangan bulan Ramadan tahun ini.
Katanya pertama kali menghasilkan ikan pekasam pada 2012 selepas diminta seorang kawan yang ketika itu mahu mempromosikan makanan utara dalam satu acara di Kuala Lumpur.
"Sejak itu saya buat secara kecil-kecilan sekadar memenuhi permintaan kawan-kawan, namun tidak sangka ia semakin berkembang pesat selepas produk saya dipilih menyertai pameran MAHA. Sehingga kini, tidak menang tangan memenuhi permintaan bukan sahaja dari sekitar Perlis bahkan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bercerita mengenai pembuatan ikan pekasam, menurut beliau prosesnya tidaklah susah namun perlu teliti dan paling penting menjaga kebersihan supaya produk tahan lama.
Mastura berkata biasanya ikan yang digunakan adalah daripada spesies ikan sungai seperti lampam, sepat dan puyu, yang diolah mengikut resipi ikan pekasam dipelajari daripada ibu mentuanya Siti Dzabedah Yop, 63.
Baginya lebih elok lagi jika mempunyai resepi sendiri biar rasa ikan pekasam yang dihasilkan berbeza daripada orang lain dan mempunyai keunikan sendiri.
"Sebelum ini saya membuat pekasam basah tetapi ia agak sukar untuk dihantar ke tempat yang jauh. Bagi mengatasi masalah itu saya ubah kepada kaedah pembuatan pekasam kering dan menggunakan teknologi pembukusan vakum bagi memastikan makanan tersebut selamat serta tahan lama," katanya.
Ketika ditemui Mastura sedang sibuk melumur beras sangai (beras digoreng) yang ditumbuk halus pada ikan lampam sebelum disusun kemas ke dalam plastik untuk divakum dan dihantar kepada pelanggan.
Sementara itu, seorang lagi pengusaha ikan pekasam Abd Azhar Abd Aziz, 34, berkata sambutan menggalakkan daripada pelanggan khususnya pengunjung di Santuari Ikan Air Tawar di Tasik Timah Tasoh di sini, membuatkan dia mampu menjual hampir satu tan ikan pekasam sebulan.
Dia yang juga nelayan di Tasik Timah Tasoh, berkata antara ikan air tawar yang digunakan bagi menghasilkan ikan pekasam ialah lampam, bongkok, belida dan tilapia.
Bapa kepada tiga orang anak itu berkata dia mula terlibat dalam perusahaan membuat pekasam selepas kecewa apabila hasil tangkapan ditolak oleh peraih kerana mungkin ikan terlampau banyak ketika itu.
"Masa itu saya rasa kecewa dan termenung seketika memikirkan apa yang perlu saya lakukan dengan lambakan ikan yang ada, jadi timbul idea untuk membuat pekasam," katanya.
Abd Azhar berkata pada mulanya beberapa cubaan membuat ikan pekasam tidak menjadi, namun dengan bimbingan daripada ibunya Melor Ali, 57, akhirnya dia berjaya menghasilkan pekasam secara komersial.
"Saya jual ikan pekasam pada harga sangat berpatutan iaitu RM5 sepeket dengan berat 250 gram. Bagi saya apa yang penting adalah jumlah jualan dan bukan keuntungan berlipat kali ganda, di samping dapat membantu rakan nelayan lain yang tangkapan mereka tidak terjual sehingga berlaku lambakan," katanya.
-- BERNAMA/Ahmad Muliady Abdul Majid
Bernama
Mon Jan 17 2022
Wan Mastura berkata menjadi rutin beliau setiap awal tahun menyediakan stok ikan pekasam daripada spesis ikan sungai seperti ikan lampam, ikan sepat dan ikan puyu. - Bernama
LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.
Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro Israel, Barat
Papagomo mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat.
Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Rangka transformasi pendidikan tinggi demi kesihatan planet
Nickyson Nyambar membawakan perkembangan semasa Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Perkembangan upacara pengebumian Joseph Kurup
Bersama wartawan AWANI Borneo di Sabah, Hafiz Mustadi di talian bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
INSKEN sasar latih 10,000 usahawan tahun ini - Ewon
INSKEN sasar untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang telah dilatih di seluruh negara pada tahun lepas.
MYNIC sasar lebih ramai usahawan guna domain.my kembangkan perniagaan
Ketika ini, jumlah keseluruhan pengguna domain.my adalah sebanyak 313,000 orang berbanding 400,000 pengguna yang disasarkan untuk 2024.
Kompleks PKNS bakal berwajah baharu tahun depan
Prasarana kompleks PKNS yang terletak di Seksyen 14 yang menjadi pusat beli belah tumpuan ramai setiap kali menjelang Syawal akan melalui proses penambahbaikan pada tahun hadapan.
PJMR 2024 dijangka catat RM1.6 juta nilai jualan - Ewon
Program itu menawarkan barang persiapan Aidilfitri dan keperluan harian pada kadar harga diskaun sehingga 20 peratus.
INSKEN kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri bantu usahawan asnaf - Ewon
INSKEN telah bekerjasama dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri bagi membantu usahawan asnaf melalui pelaksanaan program pembangunan latihan keusahawanan.
Zaquan Adha bukan menangis sebab tak sambung kontrak, tetapi...
Zaquan menjelaskan, tangisannya itu bukan kerana ditamatkan kontrak tetapi kerana terpaksa menggunakan perkataan 'bersara'.
MDEC sasar lahir sejuta usahawan menerusi program eUsahawan
Sebanyak 563,543 usahawan di seluruh negara telah dilatih melalui program itu dengan menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion.
Gerakan koperasi membangun pesat hasil kerjasama pelbagai agensi - Ewon
Gerakan koperasi negara membangun pesat hasil kerjasama erat KUSKOP dengan pelbagai agensi antaranya SKM, IKMa dan ANGKASA.
KEB 2024 ketengahkan lebih 80 resolusi perkasa bumiputera
KEB menjadi platform pelbagai pihak dari latar belakang berbeza berkongsi pandangan dan idea berhubung permasalahan kaum bumiputera.
Kerajaan tidak pertahan badan agensi curang, terlibat projek tidak manfaat Bumiputera
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani tidak akan mempertahan mana-mana badan agensi Kerajaan yang curang.