SEMALAM kita telah menerima berita yang cukup dinantikan semua.
Selepas sekian lama menanti, rakyat Malaysia diberikan kebenaran merentas negeri bermula hari ini setelah kadar vaksinasi golongan dewasa mencapai 90 peratus.
Buat anda yang ingin balik kampung menziarahi keluarga terutamanya ibu bapa tercinta, buatlah persiapan sebaiknya seperti melakukan ujian menggunakan kit ujian kendiri COVID-19.
MASKULIN juga yakin ramai yang akan mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung dengan memandu pada waktu malam.
Namun perlu ingat, pemanduan pada waktu malam agak berbeza berbanding memandu pada waktu siang.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip pemanduan waktu malam untuk perjalanan anda lebih selamat.
Malapkan cahaya dalam kereta
Untuk keselesaan memandu, anda perlu malapkan atau padamkan terus cahaya di dalam kereta anda.
Ini kerana ia membantu anda fokus melihat cahaya dari luar.
Gangguan lampu lain yang ada di dalam kereta boleh menganggu fokus pemanduan anda.
Pantau suasana sekeliling
Mata anda perlu awas melilau ke kiri dan kanan. Kalau di jalan-jalan kampung, biasanya tiada lampu jalan dan dikhuatiri ada yang berjalan di tepi jalan.
Selain itu, dikhuatiri terdapat binatang yang suka kepada cahaya lampu yang melompat ke arah kereta anda.
Rehat mencukupi
Jika anda ingin melakukan pemanduan jarak jauh pada waktu malam, pastikan anda telah mendapat rehat secukupnya.
Sebelum bertolak, tidurlah dalam satu ke dua jam. Ia boleh membuatkan anda jadi lebih segar untuk memandu selepas itu.
Minum kopi
Meminum kopi juga dapat membantu anda menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu.
Selain itu, minuman tenaga yang mengandungi kafein juga boleh membantu.
Elak kawasan sesak
Jika anda ingin berhenti di RnR, pastikan kawasan itu tidak terlalu sesak dengan orang ramai.
Jika terdapat ramai orang contohnya di kedai makan, pilihlah opsyen untuk bungkus. Makan sahaja di dalam kereta atau di luar kereta dengan lebih selamat.
Selenggara lampu hadapan
Pastikan anda menyelenggara lampu hadapan kereta anda sebelum berjalan pada waktu malam. Ini kerana lampu kereta merupakan sesuatu yang sangat penting.
Anda juga boleh disaman kerana lampu kereta yang tidak hidup terutamanya lampu hadapan kereta.
Kekalkan jarak selamat
Jangan memandu terburu-buru dan pastikan anda kekal memandu pada jarak yang selamat daripada kereta di hadapan anda.
Tujuannya untuk mengelakkan kemalangan.
Selain itu, untuk pastikan anda mempunyai jarak serta masa yang sesuai untuk berhenti jika kereta di hadapan buat emergency break.
Kalau tidak anda akan ‘cium’ bahagian belakang kereta hadapan.
Berhenti rehat
Jika mengantuk, pastikan anda rehatkan diri anda dengan tidur buat seketika.
Dengan melelapkan mata, anda akan menikmati kesegaran untuk memandu semula.
Semoga pulang ke kampung dengan selamat. Sama-sama kita jaga kita!
*Artikel asal di Maskulin
Maskulin
Sun Oct 10 2021
Pemanduan pada waktu malam agak berbeza berbanding memandu pada waktu siang. -Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
[INFOGRAFIK] Sistem e-Dereg
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Sistem e-Dereg. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Tak sabar nak rentas negeri? Ini tip pemanduan selamat perjalanan jauh pada waktu malam
Rentas Negeri Tidak Lama Lagi, Ini Tip Pemanduan Selamat Perjalanan Jauh Pada Waktu Malam - MASKULIN