Pemilik telefon pintar di AS cenderung disambungkan ke laman web sejurus mereka bangun sehingga kembali tidur, dinyatakan oleh satu kajian tajaan Facebook.
“Telefon pintar yang dilengkapi dengan aplikasi yang pelbagai dan perkhidmatan data mudah alih, membolehkan kita untuk berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat dari saat kita bangun sehingga penghujung hari," penyelidik dari IDC berkata dalam laporan yang dikeluarkan pada minggu ini.
"Daripada rasa teruja dengan teknologi tersebut, kita patut menikmati dan menghargai peningkatan sambungan sosial."
Menurut IDC, kira-kira separuh daripada penduduk AS menggunakan telefon pintar, dengan bilangan orang dijangka mencapai 181.4 juta tahun ini dan mencapai jumlah 222.4 juta dalam tempoh empat tahun akan datang.
Satu kajian IDC yang dijalankan selama seminggu, lebih daripada 7,000 orang yang terdiri dari mereka dalam golongan usia 18-44 tahun dengan iPhone atau telefon pintar Android, menunjukkan bahawa empat daripada lima memeriksa telefon bimbit mereka dalam masa 15 minit selepas bangun tidur.
Tiga aplikasi yang kerap digunakan ialah aplikasi untuk mesej, melayari laman web, dan Facebook, menurut IDC.
"Rakyat perlu untuk berhubung dengan orang lain, terutama orang yang mereka sayangi," penyelidik IDC berkata.
“Penglibatan sosial melalui telefon telah menjadi aliran utama dan ditambah penerimaan terhadap telefon pintar.”
Kaji selidik menunjukkan, kira-kira 84 peratus masa dihabiskan berkomunikasi dengan telefon pintar meliputi e-mel, mesej teks, atau rangkaian sosial, manakala hanya 16 peratus kepada panggilan suara.
“Peningkatan terhadap kesedaran untuk berhubung adalah sebab utama kita menggunakan teknologi ini dengan kekerapan dan tempoh yang kita lakukan," penyelidik IDC membuat kesimpulan.
AFP
Fri Mar 29 2013
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Google Gemini kini boleh ingat minat anda untuk maklum balas lebih relevan
Ini menjadikan Gemini lebih diperibadikan mengikut setiap pengguna seakan pembantu maya sebenar yang turut boleh berbual secara semula jadi.
Arc Search untuk Android kini stabil, pelayar web AI dengan penghalang iklan terbina
Arc Search turut terkenal sebagai pelayar web yang mempunyai penghalang iklan yang cukup agresif dan stabil.
Android 16 akan dilancarkan lebih awal pada Q2 2025
Ini akan menjadikannya pelancaran sistem operasi paling awal pernah dilakukan sejak Android 4 Jelly Bean yang dilancarkan pada Julai 2012.
HarmonyOS Next akan ditawarkan bermula minggu ini di China
Sistem operasi HarmonyOS Next ini akan ditawarkan untuk pengguna Mate 60, Mate X5 dan juga tablet MatePad Pro 13.2 di China terlebih dahulu.
Anda kini boleh cari sesuatu dengan merakam video guna Google Lens
Teknologi ini menggunakan Gemini untuk memberikan maklum balas yang pantas dan membantu dalam carian video.
Pelayar web AI popular iOS 'Arc' akan ke Android
Arc adalah pelayar web yang mementingkan ketenangan kerana semua elemen pada aplikasi ini adalah minimalis.
Google Essentials mudahkan aplikasi Google dipasang pada PC Windows
Idea aplikasi ini adalah untuk pengguna Windows yang menggunakan peranti Android menikmati ciri ekosistem seakan iPhone dan Mac.
Jam Wear OS mula menyokong Google Maps secara luar talian
Ciri ini ditemui oleh 9to5Google melalui aplikasi Google Maps versi 11.140.0701.W pada Pixel Watch 2.
YouTube uji paparan palang bawah baharu
Rekaan ini menjadikan paparan video YouTube terlihat lebih menyeluruh pada skrin dan sekali gus memaksimumkan kawasan skrin untuk paparan video.
AS ingin haramkan pula perisian China pada kenderaan swapandu
Pengeluar kenderaan selepas ini perlu mengesahkan kenderaan yang dikeluarkan tidak mempunyai perisian daripada entiti asing yang membimbangkan sebelum dibenarkan beroperasi.