Terbaik dalam fotografi dan kesalinghubungan: HUAWEI P40 kini boleh didapati di Celcom serendah RM49 sebulan!

Faris Danial Razi
April 28, 2020 09:57 MYT
Selaras dengan teknologi yang berinovasi dan canggih, HUAWEI Siri P40 mengekalkan kedudukannya sebagai yang terbaik dalam fotografi dan yang terbaik dalam kesalinghubungan. - HUAWEI
Usah berlengah lagi, dapatkan segera telefon pintar idaman anda , HUAWEI Siri P40!
Ini kerana, anda kini boleh mendapatkan sebuah telefon pintar berevolusi dengan harga yang cukup berpatutan iaitu dengan bayaran serendah RM49 sebulan menerusi pelan pascabayar Celcom MEGA dengan EasyPhone.
Dengan kerjasama HUAWEI, Celcom turut menawarkan peluang untuk mendapatkan telefon pintar HUAWEI Siri P40 ini tanpa sebarang bayaran pendahuluan.
Semestinya ini juga merupakan waktu yang paling sesuai bagi anda merakam kenangan indah sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Tidak cukup dengan itu, bagi anda yang melanggan pelan dan membeli HUAWEI Siri P40 ini, anda juga layak menerima hadiah percuma bernilai RM697.
Bukan itu sahaja, ia juga termasuk dengan beberapa tawaran lain iaitu:
Terbaik dalam fotografi, terbaik dalam kesalinghubungan
Selaras dengan teknologi yang berinovasi dan canggih, telefon pintar HUAWEI Siri P40 mengekalkan kedudukannya sebagai yang terbaik dalam fotografi dan dalam kesalinghubungan.
Dilengkapi dengan kamera ‘Ultra Vision Leica’, HUAWEI Siri P40 menghasilkan fotografi yang luar biasa tidak kira subjek berada di jarak dekat ataupun jauh.
Teknologi AI melengkapkan sistem kamera telefon pintar ini bagi memastikan kualiti gambar berada pada tahap tertinggi pada bila-bila masa tidak kira siang ataupun malam.
Dikuasakan oleh ‘chipset’ Kirin 990 5G yang serba canggih, sistem EMUI 10.1 HUAWEI Siri P40 dibina untuk memberi kesalinghubungan yang tiada tandingannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dengan ciri terbaharu iaitu HUAWEI ‘MeeTime’ dan HUAWEI Share.
Galeri App HUAWEI
Selain itu, Galeri App HUAWEI kini mengandungi sebahagian besar aplikasi yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Netflix, Instagram, AirAsia, TikTok, Lazada, dan banyak lagi.
Galeri App juga dijamin selamat, kerana dilindungi dengan empat lapisan perlindungan yang telah disahkan oleh standard industri tertinggi.
Pengguna dapat menjimatkan lebih banyak penyimpanan dengan hanya menggunakan Aplikasi Pantas untuk membuka aplikasi yang dinginkan tanpa memasangnya.
Pengguna Siri P40 dan MatePad pro kini dapat menebus hadiah bernilai sehingga RM2,381 di pusat khidmat HUAWEI dan juga mendapat storan awan (cloud) HUAWEI 50GB percuma selama 12 bulan.
Bukan itu sahaja, HUAWEI Malaysia juga menawarkan tiga bulan akses premium percuma ke semua pengguna Siri P40 dan MatePad Pro!
Untuk maklumat lanjut, layari pautan ini:
https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/
Jadi, tunggu apa lagi? Milikinya hari ini!
Cepat dapatkan tawaran hebat ini sekarang, hanya boleh didapati di Celcom. Klik pada pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi yang tersedia untuk HUAWEI P40 dan HUAWEI P40 Pro:
HUAWEI P40: https://shop.celcom.com.my/device-detail/huawei-p40
HUAWEI P40 Pro: https://shop.celcom.com.my/device-detail/huawei-p40-pro
Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HUAWEI P40, sila layari laman web rasmi HUAWEI di sini:
https://bit.ly/3eQWKTm
#celcom #fotografi #Huawei #HUAWEI P40 #HUAWEI P40 Pro #kesalinghubungan #tawaran menarik #teknologi #telefon pintar