WALAUPUN terdapat sekumpulan besar individu yang pernah dijangkiti COVID-19, tanpa disedari, terdapat juga segolongan individu yang langsung tidak pernah dijangkiti.
Tanpa mengambil kira faktor vaksinasi, penjelasan paling mudah ialah mereka ini tidak pernah berhadapan dengan virus itu secara terus. Ini kemungkinan paling biasa bagi mereka yang terlindung, seperti tidak kerap keluar rumah atau berjumpa sesiapa.
Namun Lindsay Broadbent, Felo Penyelidik di Pusat Pengajian Perubatan, Pergigian dan Sains Bioperubatan, Queen's University of Belfast, memetik dari laporan Channel NewsAsia, menjelaskan satu teori mengenai punca terdapat satu golongan yang berjaya mengelakkan jangkitan.
Menurut Broadbent, walaupun mereka terdedah kepada virus, ia gagal mewujudkan jangkitan walaupun selepas virus itu masuk ke saluran pernafasan.
Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan reseptor yang diperlukan untuk SARS-CoV-2 mendapatkan akses kepada sel.
"Apabila dijangkiti, terdapat perbezaan dalam tindak balas imun seseorang individu terhadap SARS-CoV-2 yang memainkan peranan dalam menentukan tahap gejala.
"Ada kemungkinan bahawa tindak balas imun yang cepat dan kuat boleh menghalang virus daripada mereplikasi ke tahap yang lebih teruk pada peringkat pertama.
"Keberkesanan tindak balas imun terhadap jangkitan sebahagian besarnya ditentukan oleh umur dan genetik. Gaya hidup sihat pasti membantu.
"Sebagai contoh, kita tahu bahawa kekurangan vitamin D boleh meningkatkan risiko jangkitan tertentu.
"Tidak mendapat tidur yang cukup juga boleh memberi kesan buruk terhadap keupayaan tubuh kita untuk melawan patogen yang menyerang," katanya dalam artikel di The Conversation, terbitan Channel NewsAsia.
Para saintis yang mengkaji punca utama COVID-19 yang teruk telah mengenal pasti faktor genetik dalam hampir 20 peratus kes kritikal.
Sama seperti genetik boleh menjadi salah satu faktor penentu tahap penyakit, susunan genetik juga mungkin memegang kunci kepada ketahanan terhadap jangkitan SARS-CoV-2.
Terdapat juga kemungkinan bahawa jangkitan sebelumnya dengan jenis koronavirus lain mengakibatkan imuniti reaktif silang. Dalam hal ini, sistem imun mungkin mengenali SARS-CoV-2 sebagai serupa dengan virus yang pernah menyerang dan menggerakkan tindak balas imun.
Terdapat tujuh koronavirus yang menjangkiti manusia; empat yang menyebabkan selesema biasa dan masing-masing satu menyebabkan SARS (sindrom pernafasan akut teruk), MERS (sindrom pernafasan Timur Tengah) dan COVID-19.
Jika anda berjaya mengelakkan jangkitan COVID-19 setakat ini, mungkin anda mempunyai imuniti semula jadi terhadap jangkitan SARS-CoV-2, atau mungkin anda sekadar bernasib baik.
Agensi
Sun May 22 2022
Apabila dijangkiti, terdapat perbezaan tindak balas imun individu terhadap SARS-CoV-2 yang memainkan peranan dalam menentukan tahap gejala. - Gambar hiasan/www.rawpixel.com
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.